MENU BAR

Monday, 26 November 2018

AMOORA SUPERFOOD : MAKANAN MEWAH NUTRISI



Amoora Superfood merupakan makanan yang mewah dengan nutrisi, lebih-lebih lagi Mikronutrisi, ia menggabungkan 15 jenis makanan yang disebut oleh Allah di dalam Al Quran. Apabila Allah merakam di dalam Al Quran, pasti ada kesan signifikan pada jasad dan roh manusia.
Istimewa nya Amoora Superfood, apabila ia diadun segar tanpa masak menjadikan ia nya makanan yang kaya dengan enzim enzim hidup yang akan membantu memenuhi keperluan nutrisi manusia.
Varieti kurma, terutama nya Ajwa yang diadun sebati dengan kismis hitam, serta dicampur buah buahan kering seperti buah tin dan Aprikot yang kaya dengan flavonoid menjadikan ia disambut mesra oleh lidah.

Apa pula apabila, disimbah perahan segar jus delima dan buah tin di dalam nya. Diserikan pula madu Sidr dari Yaman. Serta dilengkapkan pula rasa lemak enak minyak kelapa dara campuran pati 100 bunga yang dihasilkan sendiri oleh keluarga pengasas.
Menambah seri Amoora Superfood apabila direnjiskan pula Minyak Zaitun dari Pokok tertua di dunia dari Palestin. Serta di lengkapi oleh taburan organik Chia seed, habatussawda, halba dan Al Manna menjadikan Amoora Superfood mewah dengan pelbagai vitamin dan mineral, serta mikronutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Amoora Superfood kaya mikronutrisi.
Cukup di ambil sedikit, namun khasiat dan barokah Nya membukit dengan izin Allah.

Whatsapp cik odah jika anda berminat untuk dapatkan atau ingin mencuba AMOORA SUPERFOOD

www.wasap.my/601120970419 



Join channel utk lihat lebih byk info & testimoni t.me/amoorasuperfoodbySZ

AMOORA SUPERFOOD : MAKANAN TINGGI NUTRISI DAN BIOPHOTON



Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian. Alhamdulillah, selepas sekian lama cik odah tak update blog cik odah ni, hari ni ada sedikit kesempatan untuk cik odah update sikit.

Hari ni cik odah nak perkenalkan pada semua satu produk baru yang cik odah amalkan dan juga jual iaitu AMOORA SUPERFOOD.

APA DIA AMOORA SUPERFOOD NI?

“Superfood” merujuk kepada semua jenis makanan yang sangat tinggi kandungan nutrisinya seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim-enzim sihat. Khasiat yang “hebat” memberinya gelaran “super”, menjadikannya dikenali sebagai “superfood”.

Jika diamalkan dengan pemakanan seimbang, Superfood boleh menolong menurunkan risiko penyakit kronik dengan membekalkan badan anda dengan nutrisi-nutrisi penting.

"Superfood" yang terkandung dalam AMOORA SUPERFOOD ADALAH

1. Kurma Ajwa
2. Buah tin
3. Buah delima
4. Kismis hitam (Anggur)
5. Minyak Zaitun Palestin
6. Madu asli yaman
7. Minyak kelapa dara
8. Chia seed
9. Al manna
10. Habbatussauda
11. Halba
12. Badam
13. Aprikot

100g isi sahaja tidak termasuk bekas hanya rm30

Gentelan lebih kurang sebesar kuku ibu jari

READY STOK

Best ke best, anda boleh la baca dan google apa khasiat SUPER FOOD diatas 😍😍😍😍

AMOORA SUPERFOOD ni kami tak masak, fresh organik. Bahannya pun menggunakan sukatan tertentu untuk jana kesihatan, booster tenaga, cuci darah, merawat penyakit kronik kencing manis, darah tinggi, sakit saraf, kecelaruan emosi in shaa Allah, dan banyak lagi.

AMOORA SUPERFOOD bukan Jamu, bukan maajun, bukan supplimen kesihatan, bukan ubat kurus,bukan ubat kuat, dia hanyalah sejenis makanan gabungan 15 jenis SUPERFOOD iaitu jenis makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi, vitamin, dan antaranya dirakamkan oleh ALLAH didalam Al Quran, makanan kegemaran Para Nabi,Para Sahabat dan wali wali Allah.

Kenapa makanan dipanggil "SUPER" atau hebat, kerana semua gabungan yg ada dalam amoora superfood adalah makanan hidup yg tidak dimasak, kaya dengan biophotons.

Antara Khasiat AMOORA SUPERFOOD

Khasiat general :

✔️ ikhtiar rawatan kencing manis.
✔️ Ikhtiar rawatan darah tinggi.
✔️ Sakit sendi.
✔️ Saraf.
✔️ Sawan.
✔️ Kemurungan.
✔️ lemah tenaga batin.
✔️ Ikhtiar tenang utk ank autisme.
✔️ Ikhtiar fokus dalam ibadah.
✔️ Tambah susu ibu.
✔️ Cantikkan kulit.
✔️ Tambah tenaga.
✔️ Cerdaskan otak.
✔️ Cuci darah.
✔️ Ikhtiar kurus.
✔️ Tambah tenaga dan rawat luka, saraf,sendi wanita dalam pantang.
✔️ Stabilkan hormon
✔️ Tingkatkan daya seksualiti.
✔️ Tingkatkan daya fokus anak-anak dalam belajar dan menjawab exam.
✔️ Tingkatkan HB dan tenaga bagi ibu hamil.
✔️ Membekal pelbagai nutrisi dan zat, vitamin untuk tubuh badan.
✔️ Detox toksin dan radikal bebas dalam darah.
✔️ Anti oksidan yang tinggi.

RM30 sahaja sebekas
100gm tidak termasuk bekas
Pos seluruh Malaysia
COD bagi daerah johor bahru.


Whatsapp cik odah jika anda berminat untuk dapatkan atau ingin mencuba AMOORA SUPERFOOD

www.wasap.my/601120970419 



Join channel utk lihat lebih byk info & testimoni t.me/amoorasuperfoodbySZ

Friday, 27 May 2016

MAJLIS AQIQAH, BACAAN YASIN & DOA SELAMAT FATHIYA RAISA

اَلْحَمْدُلِلّهِ شکور


Pada 21 mei 2016 yang lalu kami sekeluarga telah mengadakan Majlis Aqiqah, Bacaan Yasin dan Doa selamat buat Puteri sulung kami Fathiya Raisa Binti Mohd Fazlan di kediaman Keluarga mertua odah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan sebentar sebelum majlis bermula.

Alhamdulillah untuk kali ke-3 ini niat untuk mendapat baby girl telah pun dimakbulkan ALLAH S.W.T. Happy tak terkata. Tak ada banyak perkara pun odah nak sharedengan anda semua tapi syukur alhamdulillah kerana Majlis kami telah berlangsung dengan lancar.



Inilah dia Puteri kami Fathiya Raisa. Comel tak? hihihihi.... Alhamdulillah kurniaan ALLAH S.W.T kan.

Terima Kasih pada adik ipar odah Fadzidatul Azuani Abd.Jamil kerana belikan Baju Cantik & Set Headband bersama Stokin comel ni untuk baby Fathiya.

Wednesday, 16 September 2015

Apakah yang dimaksudkan dengan taraf pengilangan IMP & GMP?



Apakah IMP dan Apakah IMP (Pengilangan)? 

Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia. Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.


IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:

1. IMP - Islamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP – Persijilan dari Eropah
4. ISO9002
5. Halal

Perbezaan IMP & GMP
Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal. Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”

Proses Pengilangan IMP

Proses Pengilangan IMP Proses pengilangan terbahagi kepada 3:
1) Pengusaha
2) Situasi Kilang & Bahan Mentah
3) Pekerja

Pengusaha IMP
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :

1) Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
2) Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
3) Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
4) Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.
5) Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
6) Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba 

Situasi Kilang & Bahan Mentah
1) Susunan dalam kilang mengikut syariat
2) Tidak ada muzik
3) Ada Nur bacaan Al-Quran
4) Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP
5) Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan & pekerja 3 kali seminggu
6) Sumber bahan-bahan mentah hendak lah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
7) Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah. Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.

Pekerja

1) Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (menutup aurat). 2) Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
3) Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.
4) Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
5) Sentiasa ada air wudhu.
6) Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
7) Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
8) Perempuan yang haid di pindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.

Hikmah IMP
Produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah di permulaan bekerja serta doa-doa yang di khususkan, nur tersebut akan melimpah masuk ke dalam produk yang akhirnya kita…..” Terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah. Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul. Memakan makanan Halalan Thoyyiba InsyAllah akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti.

Friday, 19 June 2015

MENU BERBUKA 1 RAMADHAN

RESEPI CREAMY BUTTER CHICKEN : MY OWN VERSION

Assalamualaikum.... alhamdulillah selesai sudah menjalani ibadah puasa untuk 1 ramadhan. Hari pertama berpuasa biasanya memang kita akan jalani dengan jayanya kan. Sebab ape ek? Mungkin sebab tenaga masih kuat lagi kot.. hehehehe.... takpelah, semoga kita dapat lalui bulan ramadhan ni dengan penuh tawadhok dan jaya-nya sehingga ke akhir bulan ye.

So, hari pertama berpuasa apa menu berbuka puasa korang? Mesti macam-macam kan. Hari pertama sure la ramai yang balik kampung sambut puasa dengan keluarga tercinta kan... bestnye korang dapat sahur dan berbuka beramai2 kan. Me???? Berbuka puasa sorang2 je sebab husband keje kat singapore kan. Sahur je la dapat sama2, berbuka sorang2. Hujung minggu baru dapat berbuka sama. Alhamdulillah... syukur la kan, masih jugak dapat merasa ada dengan suami dan anak2... ehehehe... Eh! termelalut pulak dah... i'm sorry... ngeeeee~~~~

Ok lah, back to the main point. 1st ramadhan semalam i ols masak Creamy Butter Chicken. Tetiba terasa nak makan menu ala-ala west pulak kan. At first odah cari jugak resepi guna MR.GOOGLE. Banyak-banyak resepi yang jumpa, tertarik dengan resepi dari blog AZIE KITCHEN ni, sebab resepinye simple dan nampak menarik. odah follow exactly resepi dari blog Azie ni cumanya odah tambahkan bawang putih je coz resepi Azie takde guna garlic pun. Lagi 1 kalau ikut kat blog Azie Kitchen dia ada guna cili, odah gantikan dengan black pepper je sebab tak nak pedas, lagipun odah masak sekali untuk anak-anak juga, kalau buat pedas kang kesian pulak kat hero 2 orang tu kan tak boleh nak makan. Kat sini odah share resepi Creamy Butter Chicken ni ikut resepi yang odah dah olah ye. Kalau u ols nak resepi asli dari blog Azie Kitchen boleh tengok sini ek. Kalau korang seorang penggemar cheese sure korang suka makan Creamy Butter Chicken ni sebab memang superrrr sedapppp.

Ni la rupa butter chicken kita
Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sk serbuk Black pepper
1 pelepah daun kari
1 keping cheddar cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Maggie
Garam
2-3 ulas bawang putih (cincang)

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara-Cara :
Perap ayam dengan bahan perapan selama 1 jam. Odah simpan dalam freezer selama 1 jam tu. Lepas 1 jam keluarkan dan goreng hingga warna kuning keemasan. Gunakan Non stick pan kalau tak nak melekat.

Panaskan kuali dan cairkan butter tadi, lepas tu tumiskan bawang putih dan daun kari sampai naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan cheese, kacau rata. Kemudian masukkan garam, serbuk black pepper dengan perasa ayam tadi. Kacau rata. Lepas tu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan rata bersama dengan kuah tadi. Masak sekejap sampai kuah rata pada seluruh ayam. Siappp!!! dah boleh hidangkan.

SELAMAT MENCUBA U OLSSS!!! 

Wednesday, 17 June 2015

GASTRIK JEJASKAN IBADAH PUASA?

Gastrik antara masalah yang sering menganggu bila tiba-nya bulan puasa kan. Orang yang ada masalah gastrik mesti runsing kan sebab tak dapat nak laksanakan ibadah puasa dengan sempurna. Bila perut terlalu pedih dan sampai muntah-muntah memang terpaksa la berbuka puasa sebab tak nak masalah jadi bertambah teruk. dah satu hal nak kena ganti puasa pulak kan. Memang la tak susah nak ganti, tapi kan lagi best bila kita dapat laksanakan full terus masa bulan puasa kan. baru terasa nikmatnya bulan puasa.

Ok lah, bagi nak membantu mereka yang ada masalah gastrik ni, odah nak share beberapa testimoni dari orang-orang yang ada masalah gastrik ni yang mana mereka akui yang masalah gastrik mereka semakin pulih selepas consume Mineral Coffee.
Testimoni Gastrik 1.0
Testimoni Gastrik 1.1
Testimoni Gastrik 1.2
Testimoni Gastrik1.3
MACAM MANA MINERAL COFFEE BOLEH RAWAT GASTRIK?
Sebab Mineral Coffee sangat tinggi dengan sumber MAGNESIUM.

APA ITU MAGNESIUM?
Magnesium atau biasanya disebut sebagai "mineral makro," yang bermaksud bahawa makanan kita seharusnya membekalkan kepada kita beratus-ratus miligram magnesium setiap hari. (Mineral makro lain yang harus diperolehi oleh manusia dari makanan adalah kalsium, fosforus, sodium: pemakanan, potassium, dan chloride).

Di dalam tubuh kita, sebahagian besar magnesium ditemukan di dalam tulang (60-65%), 25% pada otot-otot, dan selebihnya di dalam jenis-jenis cell lain dan cecair-cecair tubuh. 

Tidak seperti semua mineral, magnesium tidak boleh diproduksi oleh tubuh kita, oleh itu kita harus memastikan sumber magnesium yang perlu kita perolehi ada di dalam diet seharian agar tubuh badan kekal sihat.

Magnesium juga kadang kala di panggil mineral "smoothie" kerana kemampuannya untuk menenangkan otot-otot kita.

Sistem saraf dalam tubuh badan kita juga bergantung pada magnsium untuk mencegahnya daripada menjadi terlalu tegang, dan dari sumber magnesium ini juga lah yang menghubungkan mineral ini dengan pemeliharaan kesihatan tekanan darah.

Bulan Puasa pun dah bermula, hari ni dah pun 1 ramadhan, so kita ada 29 hari lagi nak tempuh ibadah puasa. So pada yang nak kan ibadah puasa yang sempurna tanpa gangguan dari masalah gastrik masih sempat lagi nak cuba Mineral Coffee ni. Jommm!!!

SUHADA ZAINUDIN
0136391612

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA KETIKA BULAN PUASA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan puasa dah rupenye kan, sekejap je masa berlalu sekarang ni. Oklah, tak nak sembang panjang-panjang sangat kita terus je ke topik sebenar.

Sempena bulan puasa yang bakal tiba ni (Esok je pun... hehehe), apa kata kita buat ulangkaji sikit. Bukan apa, otak kita ni pun kadang-kadang nak kena servis jugak kan, walaupun semua benda-benda ni nampak remeh tapi sekali sekala kita kena refresh juga kan apa yang boleh dan apa yang tak boleh masa bulan puasa ni kan. so... jom kita mulakan dengan niat puasa dulu.

NIAT PUASA
Niat puasa macam yang kita semua sedia maklum ada dua jenis niat. Kita boleh niat sama ada nak niat untuk puasa sebulan terus atau niat hari-hari. Kalau takut lupa boleh la niat sebulan terus kan. Tapi kalau niat hari-hari lagi afdhal kan. hehehehe... so kalau ada yang lupa tu boleh la tengok niat puasa kat bawah ni ek.

SYARAT WAJIB PUASA
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Sihat
  • Bermukim (Tidak Musafir)
  • Suci (Dari Haid Dan Nifas)

SYARAT SAH PUASA
  • Islam
  • Berakal & Mumayyiz
  • Suci (Dari Haid Dan Nifas)
  • Nyata masuknya bulan Ramadhan

RUKUN PUASA
  • Orang Yang Puasa
  • Berniat
  • Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
  2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
  3. Muntah Dengan Sengaja
  4. Keluar Haid & Nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluar Mani Dengan Dengaja
  8. Bersetubuh Di Siang Hari

PERKARA SUNAT KETIKA PUASA
  1. Segera Berbuka Puasa
  2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
  3. Baca Doa
  4. Melambatkan Bersahur
  5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
  6. Sentiasa Bersedekah
  7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
  8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-Kumur
  4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
  5. Mandi Yang Berlebihan
  6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

GOLONGAN YANG WAJIB QADA' PUASA
  1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
  2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
  3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
  4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
  5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
  6. Orang Yang Pitam/Mabuk
  7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

GOLONGAN YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH PUASA
  1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua -
    Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa Bagi Setahun Tertinggal.
    Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
  2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
  3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
  4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
    Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya.
  5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

KIFARAT BERSETUBUH SEMASA BULAN RAMADHAN
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-
  1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
    (Sekiranya Tidak Mampu)
  2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus
    (Kalau Tidak Berdaya)
  3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin. 
    Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

PERINGKAT PUASA
  1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
  2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
  3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

GOLONGAN YANG DIBENARKAN MENINGGALKAN PUASA
  1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
  2. Orang Musafir
  3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
  4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
  5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu
Alhamdulillah... selesai sudah ulangkaji kita. Ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan sahabat semua. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua dan dapat kita saling ingat mengingati.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
Insyallah.. Amin.

Sumber daripada sahabat seperjuangan Mardhiyah n Family