MENU BAR

Monday, 2 December 2013

Apakah Toksin?

TOKSIN. saya percaya ramai yang tahu tentang perkataan ini, tapi sejauh manakah pengetahuan kita mengenai Toksin ini dan sejauh manakah kita mengambil berat mengenai bahayanya Toksin ini dalam kehidupan seharian kita? Boleh dikatakan setiap hari kita terdedah kepada pencemaran alam sekitar yang yang penuh dengan Toksin. Tambahan pula dengan kemajuan pembangunan yang semakin pesat berlaku di seluruh dunia. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan TOKSIN?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah Pencemaran Makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
 
 
Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
 
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-
 
Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
 
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.
 
Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
 
Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.
 
Apakah cara terbaik menyingkirkan Toksin dari dalam badan?
Terdapat 2 cara mudah bagaimana anda boleh menyingkirkan toksin dengan selamat daripada badan anda tanpa memudaratkan kesihatan dan memberikan kesan sampingan pada badan anda. Malah memberikan anda kesihatan 100% dan memulihkan semula tenaga dan kesihatan anda menjadi lebih baik. 
 
1. Garam Buluh - Garam buluh merupakan penawar terbaik bagi menyingkirkan toksin dalam badan dengan cara yang paling selamat. Garam Buluh juga merupakan penawar bagi segala penyakit kerana kandungannya yang tinggi dengan Magnesium. Rasulullah S.A.W juga mengamalkan memakan secubit garam sebelum dan selepas makan, kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Garam Buluh sila klik sini.
 
2. Biozone Food Purifier (BFP) - BFP merupakan teknologi terkini yang berupaya menyingkirkan toksin daripada makanan mentah seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dll. Selain daripada menyingkirkan toksin daripada dalam badan, makanan kita juga perlu lah selamat daripada bahan toksin agar badan kita tidak mudah dicemari dengan toksin kembali. Lagi info mengenai BFP di sini.
 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan 2 produk ini, anda boleh menghubungi saya seperti dibawah :-
 
Suhada Zainudin
0136391612
 
atau lawat fanpage saya
dan juga facebook saya

Sunday, 1 December 2013

Tip payudara sihat, cantik

Payudara adalah aset wanita yang harus dijaga dan dibelai sama seperti penjagaan badan, kulit, wajah dan rambut. Malah, memiliki payudara sihat dan cantik juga idaman setiap wanita.

Mengikut Wikipedia, payudara atau buah dada ditakrifkan sebagai bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia.

Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi.


Payudara bagi seorang wanita juga mula berkembang selepas baligh. Namun, sedalam mana pengetahuan anda mengenai penjagaan payudara yang betul?
Ini kerana sebagai aset penting pada tubuh, payudara juga harus diberi perhatian bagi mengurangkan risiko terkena penyakit, terutama kanser yang boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.


Penjagaan payudara yang betul dapat mengurangkan risiko anggota berkenaan hilang keanjalan, mengendur dan kekeringan kerana kulit sekitar payudara sensitif dan nipis.


Kulit pada kawasan sekitar areola (puting susu) pula sangat lembut dan sensitif kerana di sini urat saraf berkumpul.

Perunding Pakar Bedah Payudara Pusat Penjagaan Payudara, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr Azlina Firzah Abdul Aziz berkata, penjagaan payudara berbeza daripada penjagaan bahagian lain tubuh

.
Malah, katanya, penjagaan payudara juga sepatutnya bermula pada peringkat lebih awal, mungkin seawal anak gadis berumur lapan atau sembilan tahun. “Gadis pada peringkat umur ini, bentuk tubuhnya mula mengalami perubahan. Kawasan payudaranya semakin membesar, manakala kawasan gelap di sekeliling puting membengkak. Jisim payudara pula lebih membulat serta menjadi padat dan berat.

“Ketika ini, ibu bapa atau guru perlu memainkan peranan apabila mereka sewajarnya menjelaskan mengenai penjagaan payudara dan mendidik anak gadis menjaga payudara.


“Seseorang ibu juga tidak sepatutnya mengelak berbicara mengenai topik ini kerana mereka paling berhak memberi pemahaman jelas kepada anak gadis,” katanya.



Menurutnya, pemakaian baju dalam atau coli untuk anak gadis yang mengalami pembesaran payudara adalah penjagaan awal anggota itu berikutan pemakaian coli yang tidak sesuai bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah menyakitkan.

Ia juga menyebabkan payudara hilang ketegangan kerana coli tidak dapat menampung saiz dan berat payudara. Semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. Lebih buruk, terkena penyakit berbahaya.


“Ada juga wanita dewasa masih tidak tahu memilih coli sesuai untuk payudara. Lima daripada 10 pesakit wanita yang datang menemui saya bagi memeriksa payudara mereka selepas mengadu sakit di bahagian anggota itu didapati salah memakai coli.


“Wanita terbabit didapati memakai coli yang tidak sepadan dengan saiz payudara seperti tali tipis atau mangkuk coli terlalu kecil untuk payudara bersaiz besar.


“Ini menyebabkan payudara ‘lemas’ dan ‘terjerut’ kerana coli dipakai terlalu ketat menyebabkan kawasan sekitar anggota itu mengalami tekanan.


“Kejahilan ini disebabkan wanita terbabit tidak mendapat pendedahan mengenai penjagaan payudara ketika peringkat kanak-kanak,” katanya.


Bilakah masanya memperkenalkan coli kepada anak gadis? Kebanyakan anak gadis mula mengalami pembesaran payudara dalam lingkungan umur lapan hingga 10 tahun. Pembesaran itu menjadi lebih ketara pada usia 10 hingga 12 tahun. Inilah masa sesuai untuk memperkenalkannya kepada anak.


Dr Azlina berkata, kebanyakan gadis sunti ketika usia awal baligh, malu bertanya mengenai penggunaan coli. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu memberi perhatian dan memahami setiap perubahan dialami anak gadis mereka.


“Jika anak malu menyatakan perubahan pada dirinya, apakah soalan yang boleh ditanya ibu supaya perubahan ini difahami dengan lebih jelas? “Ibu boleh mengadakan perbincangan tidak formal dalam perbualan harian bersama anak gadis dari semasa ke semasa dan bukan selepas mereka mengalami haid pertama.


“Jika perubahan sudah ada, anda hendaklah membelikan coli atau membawa anak gadis ke kedai menjual pakaian dalam,” katanya.


Cara memilih coli juga perlu betul iaitu mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payudara dan ukuran lilit payudara. Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai bukan saja tidak menyenangkan, malah mungkin merimaskan.


“Membawa pita pengukur sendiri ketika membeli coli merupakan cara terbaik sewaktu membeli coli. “Dapatkan bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran tepat dan galakkan anak gadis supaya jangan takut mencuba pelbagai coli dan pilih mana dirasakan sesuai dan selesa,” katanya.


Beliau berkata, tiada makanan khusus untuk penjagaan payudara melainkan pemakanan seimbang dan urutan atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. Wanita juga perlu mengambil kira perkembangan payudara mereka dari semasa ke semasa.




“Yang boleh dilakukan adalah membuat pemeriksaan kendiri payudara (BSE) sebulan sekali atau pada hari ketujuh hingga 10 dari hari pertama datang haid. “Caranya, berdiri di depan cermin dan angkat sebelah tangan. Menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payudara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. “Periksa perubahan saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada wujud kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika ada lelehan keluar. “Periksa sama ada lelehan itu kelihatan jernih atau mengandungi darah. Segera dapatkan nasihat doktor jika ada keganjilan pada payudara seperti gumpalan, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, puting tertarik ke dalam serta rasa sakit pada payudara,” katanya. Dr Azlina berkata, mereka yang ingin mendapatkan pemeriksaan lanjut payudara boleh mengunjungi Pusat Penjagaan Payudara HPKL yang direka khusus untuk wanita dan menyediakan penjagaan payudara khas, termasuk pengurusan penyakit.

Selain itu, pemakaian Set Korset daripada Premium Beautiful juga mampu membantu anda untuk mendapatkan payudara yang sihat dan cantik. Kandungan FIR dan Khasiat daripada Batu Tourmaline yang ada pada fabrik Premium Beautiful sangat membantu dalam penjagaan payudara anda. Ketahui mengenai Kebaikkan FIR dan Batu Tourmaline yang bukan sahaja bagus dalam menjaga payudara anda, malah bagus untuk kesihatan dalam seorang wanita. Tambahan bagi wanita yang sudah berumah tangga dan yang pernah melahirkan cahaya mata.

Hubungi saya bagi mendapatkan maklumat lengkap bagaimana cara untuk mendapatkan Set Korset Premium Beautiful anda dan dapatkan sesi rundingan dan percubaan percuma anda.

Suhada Zainudin
0136391612

Atau lawat fanpage saya
dan facebook

Monday, 25 November 2013

Apa Itu FIR (Far Infrared Rays)

Tahukah anda bahawa Premium Beautiful contains Far Infrared Rays (FIR) yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. so lets read to understand how FIR works and how good FIR for our bodies
FIR adalah :
** sinar gelombang elektromagnet**
**mampunyai jarak gelombang antara 3-1000 µm
**sinar yang paling selamat dan berguna untuk kehidupan**

FIR diperolehi daripada :
**cahaya matahari**
**pakaian pembentukan badan**
**alat elektronik,contoh : remote control,handphone,computer...**
**peralatan perubatan, contoh : mesin urut,fisioterapi,sauna....**
FIR adalah :
** sinar gelombang elektromagnet**
**mampunyai jarak gelombang antara 3-1000 µm
**sinar yang paling selamat dan berguna untuk kehidupan**

FIR diperolehi daripada :
**cahaya matahari**
**pakaian pembentukan badan**
**alat elektronik,contoh : remote control,handphone,computer...**
**peralatan perubatan, contoh : mesin urut,fisioterapi,sauna....**
bagaimana penyediaan fabrik ber-FIR...??
**platinum sebagai bahan asas**
**dicampur dengan 40 jenis serbuk batu galian**
**disuntik ke dalam fabrik**
**hasilkan gelombang tenaga bila bersentuhan dengan kulit**
**gelombang tu dikenali sbg Far Infrared Rays**
macamana pulak FIR ni berfungsi dengan PB?? 
 **FIR menembusi kulit**
**tindakbalas resonans ke atas molekul air**
**molekul bergetar lebih kuat**
**lebih banyak tenaga digunakan**
**lebih haba dihasilkan**
**salur darah mengembang**
 **perjalanan darah lebih lancar**
 **penghantaran nutrien dan pembuangan toksin**
**sel badan lebih aktif**
**jadi..badan akan jadi lebih sihat dan fresh...** 

Fungsi utama Premium Beautiful Corset!!!

bersihkan darah...???!!!
- pemejalan dan kekenyalan kulit kita
- pemejalan salur nadi
- pemulihan penyakit darah tinggi
- memelihara daripada penyakit jantung
- cegah cancer
- cegah stroke

Bagaimana FIR mencegah cancer..??
- FIR memecahkan lemak,darah beku dan susu beku
- fabrik akwatek dan akwadyne menarik keluar lemak,susu,toksik dan peluh
- FIR menghasilkan suhu yang tidak sesuai untuk perumah cancer

 Bagaimana FIR membantu kurangkan berat badan...??
- memecahkan lemak dan melancarkan peredaran darah
- proses toning yang mana bila skin dah kendur akibat lemak sudah pecah,dengan pemakaian corset yang melekap di badan...memejalkan balik skin kita...
-meningkatkan metabolisme rate....

Bagaimana FIR membantu tingkatkan kesuburan wanita...???
- melancarkan saluran dalam rahim
- menguatkan kedudukan rahim

Tuesday, 16 July 2013

Alam, Solat & Manusia

 TAHUKAH ANDA?????

 

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.


SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???


Jadi,marilah sama-sama kita menjaga waktu solat yang sememangnya jelas memberi impak terhadap kesihatan tubuh badan kita. Peringatan untuk diri sendiri dan semua kawan-kawan.

Monday, 15 July 2013

Jalan-Jalan @ S.E.A Aquarium Singapore

Assalamualaikum, hye korang... hihihihi... hari ni tak tau nak share pasal ape, pastu tetiba teringat pulak, 2 minggu lepas ada bawak mak n ayah g jalan2 kat SEA Aquarium Resort World Sentosa, Singapore, Tapi tak Upload pun Pic... hihihi... okeh, now nak share sikit la kat korang pengalaman jalan2 kat SEA Aquarium ni... memang best la, tak rugi pegi n berbaloi...
Tiket nak masuk for Adult SGD33.00 sorang. untuk kanak2 tak sure pulak... hihihih... sbb masa pegi aritu takde bawak budak2 pun, hubs pulak beli tiket on9, so tau harga for adult je... tapi yang pasti utk kanak2 bawah 3 tahun is FREE... ngeeee~~~

ok, jom take a tour gambar2 masa kitaorg jalan2 kat sane...
haaa..... cantik kan... Ni masa masuk2 je SEA Aquarium tu lepas check tiket terus ada sesi photoshoot dorang kat depan tu... amek je gambo, pastu masa nak keluar ada satu booth kecik yang dorang pamer gambo2 yang dorang dah amek, pastu terpulang la kat kita nak beli atau tak, kalau nak beli harga sekeping gambar size lebih kurang 8R kot.. SGD50.00. Tapi dia tak Bagi gambo semata-mata je tau, dorang letak dalam Frame macam Kadbod yang boleh lipat tu...macam ni ha rupa dia

boleh la kan.. simpan dalam almari kaca buat kenang-kenangan... hihihihihi... ni baru starting.. banyak lagi gambo masa kitaorg round dalam tu, tapi banyak sangat gambonye pun nak upload sini... so the solution is aku just edit buat jadi satu gambar je la ye... hihihihi....
nilah dia hasilnye... hehehehe... pandai2 korang la tengok, ni pun tak upload semua ni sbb tak muat, banyak sagt gambonye, jenuh nak ngedit... ni je la yang dapat share, kalau nak tengok lebih lagi ape kate korang pegi round sendiri kat SEA Aquarium tu... ngeh ngeh.... letih gak jalan dalam ni sbb besar gilerrrrrr tempat dia... peling best kat Large SEA Aquarium tu...siap boleh duduk bersila kat depan cermin kaca tu.. rasa macam duduk dalam laut pun ade... hihihihi... Ala-ala Spongebob Squarepants... (-_^).

Ok lah, lepas dah penat berjalan kat SEA Aquarium ni, aku bawak ngan abah gi jalan2 kat Gardens By The Bay pulak, haa... tempat ni ala-ala Taman Bunga, ok la untuk sape2 yang sukakan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan pencinta alam sekitar... hihihihi.. boleh hirup Fresh Air... kat taman ni dorang bagi2 seksyen, Ada macam2 jenis taman, Taman Cina ada, Taman India ada, macam2 lagi la... kat sini pun letih gak nak jalan2... boleh tahan besar la tempat dia n ada Rumah Hijau. Tapi Rumah Hijau tu nak masuk agak mahal gak... Dalam SGD100++ tak silap.... Jom layan Gambo Taman pulaks....
 Ni ape ntah nama dia, aku tak ingat.. aku ingat Tree je... hihihihihi...
 Ni bawak mak n abah naik Bridge antara pokok2 buatan yang kat atas tadi tu.. best naik atas ni.. berangin je... nak naik kena bayo SGD5.00

 hehehe... Creative kan... comel... Sian baby ni tercampak kat sini, tak pakai baju lak tu.... kihkih
 Steel Dragon-Fly
Tiba-tiba ade kepala singa kat ctu... hihihihi... suke Fathul tengok air tu memancut....

haaaaaaa......... lepas jalan2 kat Taman ni kitaorg pu balik sbb masa tu dah pkl 5 lebih, so nak jalan2 lagi takut lambat sampai rumah... tu pun malam gak baru kitaorg sampai rumah sbb jalan jem... huhuhu... ramai gaknye orang SG nak masuk Malaysia... Letih la gamaknye... 2 jam punye jem... pkl 9 malam baru kitaorg sampai rumah... phewwww..... kalau nak jalan2 gi SG ni mmg kena kuar pepagi la gamaknye... ok lah, itu je yang nak share pun... Happy Reading my Readers... (^_^)

Thursday, 11 July 2013

Ovarian Cyst

Pernah tak anda terdengar mengenai OVARIAN CYST? Mungkin ada antara anda yang pernah dengar, tapi adakah anda tau apakah yang dimaksudkan dengan OVARIAN CYST? ok, kat sini saya nak share sikit mengenai OVARIAN CYST ni.

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir atau air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.


Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketak-suburan. Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tapi ada juga cyst ni boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.


 
Follicular Cyst: 
Ia terbentuk dari folikel yang tak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

 
Corpus Luteum: 
Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
 
Endometriomas: 
Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid. 

Cystademas: 
Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar. 

Dermoid Cysts:  
Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”. 

Polycystic Ovaries: 
Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini? 
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi, kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tak complicated, Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ni terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya. 

Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya. 

Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan 
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tak banyak beri kesan pada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tak kan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda. 

Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst tu sendiri. 
Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ni pada sesetengah wanita.
 
sumber : http://portal.alamhamil.com

Tuesday, 9 July 2013

Kelebihan Solat Tarawih (Malam 1 - 30 Ramadhan)

Assalamualaikum semua, Memandangkan Ramadhan Al-Muabarak telah pun tiba, hari ni saje la nak share ilmu sikit dengan korang... Jom kita sama2 amalkan dan semoga amalan kita di bulan mulia ini diberkati olehnya.. aminnnn.....


  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
     
  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta  dosa-dosa kedua ibubapanya.
  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan
    mengampunkan dosa-dosa mereka.
  4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana  pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan  Al-Quran.
  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat  yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fira'aun dan Hamman. 

  8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
     
  9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
     
  10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
     
  11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
  12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
     
  13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

  14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
     
  15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
    Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya  supaya Allah mengampunkannya.
     
  16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
     
  17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
     
  19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
     
  20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan  orang-orang soleh.
  21.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
     
  22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
     
  23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

  24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
     
  25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

     
  26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
     
  27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

  28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
  29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Monday, 8 July 2013

BAHANA OBESITI MELAMPAU

Remaja Perempuan Paling Gemuk, Bertarung Nyawa

Assalamualaikum, hye all my blog readers... agak lama jugak tak update story2 yang best ni kan... hurmmm... saje la nak sahre ngan u olss today.. tadi tengah2 scroll fb tetiba terpandang satu entry ni from someone's page... takut jugak bila baca entry ni... nak tau jom baca sini...


London – Remaja paling gemuk di Britain, Georgia Davis, 20, yang mempunyai berat 292 kilogram kini bertarung nyawa di hospital selepas dia menghidap jangkitan kulit.

Georgia, kini dirawat di hospital Merthyr Tydfil dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Menurut bapa tirinya, Arthur Treoloar, 73, remaja perempuan itu dimasukkan ke dalam wad pada Jumaat lalu dan keadaannya kini dilaporkan semakin kritikal.

“Kami dimaklumkan keadaannya serius dan mempunyai harapan yang tipis untuk pulih,’’ katanya.
Jangkitan berkenaan yang disebabkan oleh bakteria telah merebak ke dalam kulitnya melalui luka dan ia bertambah buruk selepas jangkitan berkenaan merebak ke seluruh badan.

Individu obes berisiko tinggi dengan jangkitan berkenaan disebabkan kulit yang pecah dan ia bertambah buruk apabila jangkitan itu merebak ke dalam darah.

Georgia berjaya mengurangkan berat sebanyak 100 kilogram selama sembilan bulan di hospital namun beratnya bertambah sebanyak 31 kilogram dalam masa hanya lima bulan selepas keluar dari hospital.

Keadaan itu disebabkan pengambilan makanan yang tidak sihat dan dia juga tidak menjaga dietnya dengan sempurna.

Georgia menjadi sensasi akhbar selepas dia terpaksa diterbangkan ke sebuah kem untuk orang gemuk di Amerika Syarikat bagi menurunkan berat badannya yang telah mencecah 200 kilogram ketika berusia 15 tahun.

Di kem berkenaan, dia berjaya menurunkan beratnya sebanyak 95 kilogram namun beratnya kembali meningkat selepas kembali ke rumahnya.

Georgia terpaksa balik ke Britain selepas bapa tirinya disahkan menghidap kanser paru-paru.


hurmmm... bahaya kan bila kita tak jaga pemakanan ni.. so i advice u ols kalau nak makan tu jangan main belasah je la ek, zaman sekarang ni kalau kita tak jaga pemakanan kita mmg macam2 penyakit kita akan dapat. As for me mmg aku ni suke makan, so since i used Premium Beautiful Corset i don't have to worry anymore!!! coz PB help me to control my diet even if i eat more!!!

I LOVE PREMIUM BEAUTIFUL MAGIC CORSET!!!

FOR FREE FITTING & CONSULTATION

contact me


Suhada Zainudin
013-6391612
available for WhatsApp
or 

 

Tuesday, 2 July 2013

Penyakit TIROID.. Jangan Ambil Mudah!!!

Assalamualaikum... hye readers... hari ni nak kongsikan dengan u olss about Thyroid ni. U olss tau tak ape dia Penyakit Thyroid ni? kalau ada yang tau tu good for you la. bagi yang tak tau, u olss should take note about this disease. Jangan ambil mudah ye, coz kalau you ols biarkan begitu sahaja kesannye agak merbahaya jugak...

KENALI TIROID
Apa itu TIROID? BERBAHAYAKAH??
Penyakit berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.

Pesakit tiroid kebiasaannya sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten. Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser! 

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

"Hipertiroidisme" berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada org biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:

- Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
- Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
- Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-

- Bengkak di leher
- Cirit Birit
- Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar debar
- Gementar dan gelisah, terketar ketar
- Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
- Kesuburan turun
- Penumpuan kurang
- Mata menjadi besar (bulging)
- Angin yang tidak menentu
- Kejang Otot
- Oesteoporosis
- Pengeluaran peluh yang banyak
- Suhu badan naik, tak tahan panas
- Rambut tidak kuat
- Sukar bernafas, Sukar tidur
- Tekanan darah naik
- Turun berat badan walau selera naik
- Lemah
 

"Hipotiroidism" pula merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Antara tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-
- Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman,
- Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
- Kemurungan atau kegelisahan
- Cepat berasa letih
- Faktor Genetik
- Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
- Masalah sembelit yang teruk
- Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit
menjadi kasar dan berkuping
- Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid
- Perempuan
- Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
- Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
- Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda

- Orang yang kuat merokok.


 

LAGI INFO MENGENAI TIROID
(jawapan adalah daripada pesakit tiroid yang telah menggunakan PREMIUM BEAUTIFUL)

soalan:
Assalam kak...ana nk tnye..ritu akak ckp akak TIRIOD ke? yg kat leher tu ye? dia ada effect pape ke? ritu ada kenalan ana pm ana...da kwin 1thn belum ada zuriat...dia ckp dia tiriod xleh mkn herba cmtu la...so maharani xleh la...doktor la ckp sbb bende2 pil xleh...so ana nk bantu dia utk dpt zuriat...period dia lak cycle mcm ana jgk...

jawapan:
walaikumsalam ana comel ;)
akk ada thyroid dari zaman sebelum kahwin. doctor kesan dari tahun 2006.
awal tahun 2012 Alhamdulillah hormon thyroid akk normal dah.tak perlu akk telan ubat beradiasi yang bakal rosak kan sel2 otak akk dan sel2 otak anak2 akk yg masih kecik tu.
tak perlu lagi jadikan hukm tu rumah kedua untuk amik darah dan berejam jumpa doctor.

thyroid ni semua org ada...tinggal normal dengan tak normal je.
hormon thyroid ni tempat dia dekat2 dgn peti suara kita.
hormon thyroid ni la yg mengawal semua organ badan kita termasuk organ peranakan kita.

memang betul, majoriti org yang ada thyroid SUKAR HAMIL... dan bila hamil risiko dia tinggi utk ibu dan nauzubillah ada effect utk bayi.bila hamil, doctor memang akan pantau kita selalu. dan details scan confirm perlu dijalankan untuk kenalpasti organ dalaman bayi dalam keadaan sihat atau tak.

jangkamasa doctor sarankan untuk makan ubat thyroid hanya la 3 tahun je. kalau lebih dari tu risiko untuk dapat sakit buah pinggang pulak.sbb dos ubat tjyroid memang bagi kesan untuk tulang dan buah pinggang.

antara risiko lain, thyroid boleh akibatkan sawan dan mati mengejut sbb dia kacau organ utama kita iaitu jantung..org yg ada thyroid jantung dia tak stabil...denyutan dia lain dari denyutan biasa sbb terlalu laju.

dan thyroid ni kalau lebih dari 3 tahun serius dalam diri kita, risiko kanser anytime boleh jadi.

jadi ana boleh share dengan kawan ana,
PREMIUM BEAUTIFUL adalah salah satu kaedah rawatan alternatif untuk seimbangkan sebarang hormon badan yang tak stabil dan bermasalah dalam diri kita.
apa salah nye cuba dulu pakai pb sbb tindakan FIR tu secara semulajadi akan stabil kan balik hormon thyroid dia. dari bertahun dia makan ubat thyroid yg tinggi kesan dia utk organ badan yg lain kan.

kalau tak rawat, macam gambar ni lah jadi nye hormon thyroid tu. walau dah operate buang dia tetap boleh besar balik dan jadi canser. pb ada FIR yang tak sesuai untuk perumah cancer.

setiap penyakit yg Allah beri ada ubat nye.
In shaa Allah mungkin pb jadi perantara untuk stabil kan hormon thyroid dia yang biasa nye jadi punca utama seseorg tu sukar hamil.