MENU BAR

Tuesday, 9 July 2013

Kelebihan Solat Tarawih (Malam 1 - 30 Ramadhan)

Assalamualaikum semua, Memandangkan Ramadhan Al-Muabarak telah pun tiba, hari ni saje la nak share ilmu sikit dengan korang... Jom kita sama2 amalkan dan semoga amalan kita di bulan mulia ini diberkati olehnya.. aminnnn.....


  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
     
  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta  dosa-dosa kedua ibubapanya.
  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan
    mengampunkan dosa-dosa mereka.
  4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana  pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan  Al-Quran.
  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat  yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fira'aun dan Hamman. 

  8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
     
  9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
     
  10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
     
  11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
    Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
  12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
    Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
     
  13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

  14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
    Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
     
  15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
    Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya  supaya Allah mengampunkannya.
     
  16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
    Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
     
  17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
    Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
    Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
     
  19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
     
  20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
    Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan  orang-orang soleh.
  21.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
     
  22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
    Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
     
  23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
    Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

  24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
    Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
     
  25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
    Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

     
  26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
     
  27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

  28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
    Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
  29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
    Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

No comments:

Post a Comment