MENU BAR

Monday, 2 December 2013

Apakah Toksin?

TOKSIN. saya percaya ramai yang tahu tentang perkataan ini, tapi sejauh manakah pengetahuan kita mengenai Toksin ini dan sejauh manakah kita mengambil berat mengenai bahayanya Toksin ini dalam kehidupan seharian kita? Boleh dikatakan setiap hari kita terdedah kepada pencemaran alam sekitar yang yang penuh dengan Toksin. Tambahan pula dengan kemajuan pembangunan yang semakin pesat berlaku di seluruh dunia. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan TOKSIN?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah Pencemaran Makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
 
 
Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
 
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-
 
Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
 
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.
 
Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
 
Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.
 
Apakah cara terbaik menyingkirkan Toksin dari dalam badan?
Terdapat 2 cara mudah bagaimana anda boleh menyingkirkan toksin dengan selamat daripada badan anda tanpa memudaratkan kesihatan dan memberikan kesan sampingan pada badan anda. Malah memberikan anda kesihatan 100% dan memulihkan semula tenaga dan kesihatan anda menjadi lebih baik. 
 
1. Garam Buluh - Garam buluh merupakan penawar terbaik bagi menyingkirkan toksin dalam badan dengan cara yang paling selamat. Garam Buluh juga merupakan penawar bagi segala penyakit kerana kandungannya yang tinggi dengan Magnesium. Rasulullah S.A.W juga mengamalkan memakan secubit garam sebelum dan selepas makan, kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Garam Buluh sila klik sini.
 
2. Biozone Food Purifier (BFP) - BFP merupakan teknologi terkini yang berupaya menyingkirkan toksin daripada makanan mentah seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dll. Selain daripada menyingkirkan toksin daripada dalam badan, makanan kita juga perlu lah selamat daripada bahan toksin agar badan kita tidak mudah dicemari dengan toksin kembali. Lagi info mengenai BFP di sini.
 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan 2 produk ini, anda boleh menghubungi saya seperti dibawah :-
 
Suhada Zainudin
0136391612
 
atau lawat fanpage saya
dan juga facebook saya

Sunday, 1 December 2013

Tip payudara sihat, cantik

Payudara adalah aset wanita yang harus dijaga dan dibelai sama seperti penjagaan badan, kulit, wajah dan rambut. Malah, memiliki payudara sihat dan cantik juga idaman setiap wanita.

Mengikut Wikipedia, payudara atau buah dada ditakrifkan sebagai bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia.

Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi.


Payudara bagi seorang wanita juga mula berkembang selepas baligh. Namun, sedalam mana pengetahuan anda mengenai penjagaan payudara yang betul?
Ini kerana sebagai aset penting pada tubuh, payudara juga harus diberi perhatian bagi mengurangkan risiko terkena penyakit, terutama kanser yang boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.


Penjagaan payudara yang betul dapat mengurangkan risiko anggota berkenaan hilang keanjalan, mengendur dan kekeringan kerana kulit sekitar payudara sensitif dan nipis.


Kulit pada kawasan sekitar areola (puting susu) pula sangat lembut dan sensitif kerana di sini urat saraf berkumpul.

Perunding Pakar Bedah Payudara Pusat Penjagaan Payudara, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr Azlina Firzah Abdul Aziz berkata, penjagaan payudara berbeza daripada penjagaan bahagian lain tubuh

.
Malah, katanya, penjagaan payudara juga sepatutnya bermula pada peringkat lebih awal, mungkin seawal anak gadis berumur lapan atau sembilan tahun. “Gadis pada peringkat umur ini, bentuk tubuhnya mula mengalami perubahan. Kawasan payudaranya semakin membesar, manakala kawasan gelap di sekeliling puting membengkak. Jisim payudara pula lebih membulat serta menjadi padat dan berat.

“Ketika ini, ibu bapa atau guru perlu memainkan peranan apabila mereka sewajarnya menjelaskan mengenai penjagaan payudara dan mendidik anak gadis menjaga payudara.


“Seseorang ibu juga tidak sepatutnya mengelak berbicara mengenai topik ini kerana mereka paling berhak memberi pemahaman jelas kepada anak gadis,” katanya.



Menurutnya, pemakaian baju dalam atau coli untuk anak gadis yang mengalami pembesaran payudara adalah penjagaan awal anggota itu berikutan pemakaian coli yang tidak sesuai bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah menyakitkan.

Ia juga menyebabkan payudara hilang ketegangan kerana coli tidak dapat menampung saiz dan berat payudara. Semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. Lebih buruk, terkena penyakit berbahaya.


“Ada juga wanita dewasa masih tidak tahu memilih coli sesuai untuk payudara. Lima daripada 10 pesakit wanita yang datang menemui saya bagi memeriksa payudara mereka selepas mengadu sakit di bahagian anggota itu didapati salah memakai coli.


“Wanita terbabit didapati memakai coli yang tidak sepadan dengan saiz payudara seperti tali tipis atau mangkuk coli terlalu kecil untuk payudara bersaiz besar.


“Ini menyebabkan payudara ‘lemas’ dan ‘terjerut’ kerana coli dipakai terlalu ketat menyebabkan kawasan sekitar anggota itu mengalami tekanan.


“Kejahilan ini disebabkan wanita terbabit tidak mendapat pendedahan mengenai penjagaan payudara ketika peringkat kanak-kanak,” katanya.


Bilakah masanya memperkenalkan coli kepada anak gadis? Kebanyakan anak gadis mula mengalami pembesaran payudara dalam lingkungan umur lapan hingga 10 tahun. Pembesaran itu menjadi lebih ketara pada usia 10 hingga 12 tahun. Inilah masa sesuai untuk memperkenalkannya kepada anak.


Dr Azlina berkata, kebanyakan gadis sunti ketika usia awal baligh, malu bertanya mengenai penggunaan coli. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu memberi perhatian dan memahami setiap perubahan dialami anak gadis mereka.


“Jika anak malu menyatakan perubahan pada dirinya, apakah soalan yang boleh ditanya ibu supaya perubahan ini difahami dengan lebih jelas? “Ibu boleh mengadakan perbincangan tidak formal dalam perbualan harian bersama anak gadis dari semasa ke semasa dan bukan selepas mereka mengalami haid pertama.


“Jika perubahan sudah ada, anda hendaklah membelikan coli atau membawa anak gadis ke kedai menjual pakaian dalam,” katanya.


Cara memilih coli juga perlu betul iaitu mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payudara dan ukuran lilit payudara. Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai bukan saja tidak menyenangkan, malah mungkin merimaskan.


“Membawa pita pengukur sendiri ketika membeli coli merupakan cara terbaik sewaktu membeli coli. “Dapatkan bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran tepat dan galakkan anak gadis supaya jangan takut mencuba pelbagai coli dan pilih mana dirasakan sesuai dan selesa,” katanya.


Beliau berkata, tiada makanan khusus untuk penjagaan payudara melainkan pemakanan seimbang dan urutan atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. Wanita juga perlu mengambil kira perkembangan payudara mereka dari semasa ke semasa.




“Yang boleh dilakukan adalah membuat pemeriksaan kendiri payudara (BSE) sebulan sekali atau pada hari ketujuh hingga 10 dari hari pertama datang haid. “Caranya, berdiri di depan cermin dan angkat sebelah tangan. Menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payudara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. “Periksa perubahan saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada wujud kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika ada lelehan keluar. “Periksa sama ada lelehan itu kelihatan jernih atau mengandungi darah. Segera dapatkan nasihat doktor jika ada keganjilan pada payudara seperti gumpalan, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, puting tertarik ke dalam serta rasa sakit pada payudara,” katanya. Dr Azlina berkata, mereka yang ingin mendapatkan pemeriksaan lanjut payudara boleh mengunjungi Pusat Penjagaan Payudara HPKL yang direka khusus untuk wanita dan menyediakan penjagaan payudara khas, termasuk pengurusan penyakit.

Selain itu, pemakaian Set Korset daripada Premium Beautiful juga mampu membantu anda untuk mendapatkan payudara yang sihat dan cantik. Kandungan FIR dan Khasiat daripada Batu Tourmaline yang ada pada fabrik Premium Beautiful sangat membantu dalam penjagaan payudara anda. Ketahui mengenai Kebaikkan FIR dan Batu Tourmaline yang bukan sahaja bagus dalam menjaga payudara anda, malah bagus untuk kesihatan dalam seorang wanita. Tambahan bagi wanita yang sudah berumah tangga dan yang pernah melahirkan cahaya mata.

Hubungi saya bagi mendapatkan maklumat lengkap bagaimana cara untuk mendapatkan Set Korset Premium Beautiful anda dan dapatkan sesi rundingan dan percubaan percuma anda.

Suhada Zainudin
0136391612

Atau lawat fanpage saya
dan facebook