MENU BAR

Sunday, 1 December 2013

Tip payudara sihat, cantik

Payudara adalah aset wanita yang harus dijaga dan dibelai sama seperti penjagaan badan, kulit, wajah dan rambut. Malah, memiliki payudara sihat dan cantik juga idaman setiap wanita.

Mengikut Wikipedia, payudara atau buah dada ditakrifkan sebagai bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia.

Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi.


Payudara bagi seorang wanita juga mula berkembang selepas baligh. Namun, sedalam mana pengetahuan anda mengenai penjagaan payudara yang betul?
Ini kerana sebagai aset penting pada tubuh, payudara juga harus diberi perhatian bagi mengurangkan risiko terkena penyakit, terutama kanser yang boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.


Penjagaan payudara yang betul dapat mengurangkan risiko anggota berkenaan hilang keanjalan, mengendur dan kekeringan kerana kulit sekitar payudara sensitif dan nipis.


Kulit pada kawasan sekitar areola (puting susu) pula sangat lembut dan sensitif kerana di sini urat saraf berkumpul.

Perunding Pakar Bedah Payudara Pusat Penjagaan Payudara, Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr Azlina Firzah Abdul Aziz berkata, penjagaan payudara berbeza daripada penjagaan bahagian lain tubuh

.
Malah, katanya, penjagaan payudara juga sepatutnya bermula pada peringkat lebih awal, mungkin seawal anak gadis berumur lapan atau sembilan tahun. “Gadis pada peringkat umur ini, bentuk tubuhnya mula mengalami perubahan. Kawasan payudaranya semakin membesar, manakala kawasan gelap di sekeliling puting membengkak. Jisim payudara pula lebih membulat serta menjadi padat dan berat.

“Ketika ini, ibu bapa atau guru perlu memainkan peranan apabila mereka sewajarnya menjelaskan mengenai penjagaan payudara dan mendidik anak gadis menjaga payudara.


“Seseorang ibu juga tidak sepatutnya mengelak berbicara mengenai topik ini kerana mereka paling berhak memberi pemahaman jelas kepada anak gadis,” katanya.



Menurutnya, pemakaian baju dalam atau coli untuk anak gadis yang mengalami pembesaran payudara adalah penjagaan awal anggota itu berikutan pemakaian coli yang tidak sesuai bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah menyakitkan.

Ia juga menyebabkan payudara hilang ketegangan kerana coli tidak dapat menampung saiz dan berat payudara. Semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik. Lebih buruk, terkena penyakit berbahaya.


“Ada juga wanita dewasa masih tidak tahu memilih coli sesuai untuk payudara. Lima daripada 10 pesakit wanita yang datang menemui saya bagi memeriksa payudara mereka selepas mengadu sakit di bahagian anggota itu didapati salah memakai coli.


“Wanita terbabit didapati memakai coli yang tidak sepadan dengan saiz payudara seperti tali tipis atau mangkuk coli terlalu kecil untuk payudara bersaiz besar.


“Ini menyebabkan payudara ‘lemas’ dan ‘terjerut’ kerana coli dipakai terlalu ketat menyebabkan kawasan sekitar anggota itu mengalami tekanan.


“Kejahilan ini disebabkan wanita terbabit tidak mendapat pendedahan mengenai penjagaan payudara ketika peringkat kanak-kanak,” katanya.


Bilakah masanya memperkenalkan coli kepada anak gadis? Kebanyakan anak gadis mula mengalami pembesaran payudara dalam lingkungan umur lapan hingga 10 tahun. Pembesaran itu menjadi lebih ketara pada usia 10 hingga 12 tahun. Inilah masa sesuai untuk memperkenalkannya kepada anak.


Dr Azlina berkata, kebanyakan gadis sunti ketika usia awal baligh, malu bertanya mengenai penggunaan coli. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu memberi perhatian dan memahami setiap perubahan dialami anak gadis mereka.


“Jika anak malu menyatakan perubahan pada dirinya, apakah soalan yang boleh ditanya ibu supaya perubahan ini difahami dengan lebih jelas? “Ibu boleh mengadakan perbincangan tidak formal dalam perbualan harian bersama anak gadis dari semasa ke semasa dan bukan selepas mereka mengalami haid pertama.


“Jika perubahan sudah ada, anda hendaklah membelikan coli atau membawa anak gadis ke kedai menjual pakaian dalam,” katanya.


Cara memilih coli juga perlu betul iaitu mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payudara dan ukuran lilit payudara. Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai bukan saja tidak menyenangkan, malah mungkin merimaskan.


“Membawa pita pengukur sendiri ketika membeli coli merupakan cara terbaik sewaktu membeli coli. “Dapatkan bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran tepat dan galakkan anak gadis supaya jangan takut mencuba pelbagai coli dan pilih mana dirasakan sesuai dan selesa,” katanya.


Beliau berkata, tiada makanan khusus untuk penjagaan payudara melainkan pemakanan seimbang dan urutan atau aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu. Wanita juga perlu mengambil kira perkembangan payudara mereka dari semasa ke semasa.




“Yang boleh dilakukan adalah membuat pemeriksaan kendiri payudara (BSE) sebulan sekali atau pada hari ketujuh hingga 10 dari hari pertama datang haid. “Caranya, berdiri di depan cermin dan angkat sebelah tangan. Menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payudara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. “Periksa perubahan saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada wujud kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika ada lelehan keluar. “Periksa sama ada lelehan itu kelihatan jernih atau mengandungi darah. Segera dapatkan nasihat doktor jika ada keganjilan pada payudara seperti gumpalan, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, puting tertarik ke dalam serta rasa sakit pada payudara,” katanya. Dr Azlina berkata, mereka yang ingin mendapatkan pemeriksaan lanjut payudara boleh mengunjungi Pusat Penjagaan Payudara HPKL yang direka khusus untuk wanita dan menyediakan penjagaan payudara khas, termasuk pengurusan penyakit.

Selain itu, pemakaian Set Korset daripada Premium Beautiful juga mampu membantu anda untuk mendapatkan payudara yang sihat dan cantik. Kandungan FIR dan Khasiat daripada Batu Tourmaline yang ada pada fabrik Premium Beautiful sangat membantu dalam penjagaan payudara anda. Ketahui mengenai Kebaikkan FIR dan Batu Tourmaline yang bukan sahaja bagus dalam menjaga payudara anda, malah bagus untuk kesihatan dalam seorang wanita. Tambahan bagi wanita yang sudah berumah tangga dan yang pernah melahirkan cahaya mata.

Hubungi saya bagi mendapatkan maklumat lengkap bagaimana cara untuk mendapatkan Set Korset Premium Beautiful anda dan dapatkan sesi rundingan dan percubaan percuma anda.

Suhada Zainudin
0136391612

Atau lawat fanpage saya
dan facebook

No comments:

Post a Comment