MENU BAR

Sunday, 21 December 2014

Shopping @ Zawara Johor Bahru

Bestnye semalam dapat jugak shopping kat zawara. Excited giler nak pegi zawara semalam, mana taknye, dah berpuluh kali kot sebut kata nak pegi zawara tapi asyik tak jadi je. asal nak pegi ada je halangan. tapi semalam nekad, walau apa pun terjadi tetap nak pegi jugak sebab tak boleh blah dah tengok baju-baju baru yang zawara keluarkan. cantikkkkk sangattttt!!!
Zawara Alicia Diamond
Ni la baju keluaran terbaru zawara yang buat i ols tak senang duduk. ikutkan hati boleh je beli online kat website dia, tapi macam tak best la plak sebab dah biasa sangat beli online kan. Skali Skala nak jugak jenguk Butiknya kan... tapi memang best giler la shopping kat zawara semalam, puas hati sangat-sangat. kalau nak di ikutkan nafsu membeli ni mau i ols shopping semua jenis baju yang ada dengan tudung-tudung skali. hahahaha.... tapi sabar.... sabar... next time kita boleh pegi lagi....

Nampak tak, punya seronok pegi zawara siap boleh blaja cara pakai shawl lagi... ni kakak ipar i ols ni... sakan dia, nak pilih tudung punya pasal sampai blaja lagi. Staff zawara pun sangat best & ohsem... sabar je layan kitaorg ni yang macam-macam... hahahaha.... rasa-rasanya sejam kitaorg dalam zawara tu nak memilih baju dan tudung punya pasal. Kakak ipar i ols ni tak reti nak menggayakan shawl, that's why sempat lagi belajar cara-cara nak pakai, tapi serius la... memang best sangat.
Settle shopping macam biasa la, wajib selfie dulu se das... hahaha.... Shopping time tengah sale memang ohsem sangat! Baju dari RM149 jadi RM129 je!!! Tudung pulak for all collection kalau ikut normal price RM39-49... but time sale ni beli 3 helai for only RM99!!! woww weeeee!!! memang kitaorg shopping sakan la semalam. hahahaha... seronok habis. paling best staff zawara siap snap picture kitaorg lagi, then upload kat IG dorg. Thank You zawara Johor Bahru!!! Insya'ALLAH we will come again!! wait for us!
Korang kalau tak tau kat mana Zawara JB ni meh nak bagitau location. Zawara JB ni kat Bandar Baru Uda, Jalan Pade Emas 1/4. Kawasan dia dekat area belakang Jakel tu... ada kawasan deretan kedai baru-baru kat situ. Try la shopping kat Zawara ni, sure korang jatuh cinta dengan collection dia.

Thursday, 18 December 2014

Resepi Roti Jala yang mabeles!!!

Seriously la kan, sejak bergelar ibu ni dan sejak anak-anak makin membesar ni automatically kita ni terus jadi suka nak masak-masak kan, especially bila tengok anak-anak suka sangat makan masakan kita kan. Semalam pulak nak dijadikan cerita actually kita masak Kari Ayam untuk lunch... then macam biasa la, bila petang je kepala otak ni duk fikir nak buat apa ek untuk minum petang... hehehe... then teringat la yang kita ni ada buat kari ayam.. makan dengan roti jala pun sedap jugak kan... so tak buang masa teruslah ke dapur membancuh tepung segala macam nak buat roti jala.

korang nak tau tak, kita ni macam biasa la.. nak buat apa-apa kuih muih ni kita suka google resipi... bila menggoogle pulak suka cari respi yang best-best dan sedap... so resepi roti jala yang kita jumpa ni memang la sangat mabelesssss.... korng tak caye boleh try... ni kita share resepi....



Bahan-Bahannya :
3 cawan tepung gandum - (kita tak sukat pun.. main tuang je tepung dalam blender.. hehehe)
21/2 cawan minyak masak - depends la korang nak letak banyak mana, tapi kita semalam lupa letak, tapi still jadi & lembut jugak...
1 biji telur
1 sudu kecil garam - (agak-agak la ye, jangan sampai termasin pulak)
3 cawan air - yang ni ada org campur santan sikit, tapi kita tak campur pun sebab tak nak lemak-lemak sangat sbb makan pun dengan kari yang dah sedia berlemak kan... hehehe... kononnnnn katanye....
sedikit pewarna kuning untuk bagi nampak warna kuning sikit, baru lah cantik kan... kalau tak putih macam lempeng tu je... hehehe...

ok... dah ready semua bahan-bahan ni campur je semua-semua bahan ni dan gaul sampai sebati, kalau nak senang blender aje semua skali... lepas tu dah boleh la masuk dalam acuan dia pastu tebarkan diatas kuali yang dah dipanaskan... jangan lupa sapu sikit majerin kat kuali untuk elakkan daripada adunan tadi melekat kat kuali melainkan kalau korang guna non stick pan...

ok.. disebabkan semalam kita lupa nak snap gambar roti jala yang kita buat tu.. so kita letak gambar sekadar hiasan je la ek... hehehehe... hopefully this recipes helps u ols yang mana teringin bebeno nak makan roti jala katanye kan... ok. selamat mencuba!!

Wednesday, 10 December 2014

Resepi Chocolate Moist Cake yang sangat simple dan mudah

Semalam tetiba terasa nak makan Chocolate Moist Cake ni kan. Selalu rasa nak buat, Tapi bila google resepi semuanya macam complicated sangat. So terus hilang mood nak buat. Tapi semalam terjumpa plak resepi yang memang simple n mudah sangat-sangat. Step pun senang faham dan mudah nak ingat... hehehe... so tak buang masa terus grab bahan-bahan yang ada, keluarkan mixer semua terus bancuh... tapi jangan lupa, apa-apa pun pre heat oven sesiap ye before buat. Kalau korang pakai kukus make sure didihkan dulu air lukusan supaya kek korang nanti menjadi. Ok.. now i share dengan u ols resepi yang super simple ni ye... harap dapat membantu korang untuk buat kek yang sedap jugak... hehehe

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.
MUDAH DAN MENJADI.

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.

3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.

***********************

Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.

🎂Topping Coklat 1🎂

Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 2🎂

Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 3🎂

Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream

Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

🎂Topping Coklat 4🎂

Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 5🎂

Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Inilah dia rupa kek yang i ols buat... hehehe... 

Tuesday, 9 December 2014

Mineral Coffee : Kopi untuk Kesihatan

Hari ni nak cerita sikit pasal Mineral Coffee ni. Sekarang ni macam dah jadi satu fenomena luar biasa pulak dengan Mineral Coffee ni, mana taknya, pergi mana-mana stokis semua kata "out of stock". Sampaikan nak restock untuk sendiri pun payah. hadoiii... dah jadi macam Fenomena Sabun Marine Essence la pulak. Mineral Coffee tiba-tiba mendapat permintaan yang sangat tinggi, Kenapa?? Sebab Mineral Coffee satu-satunya Coffee yang sangat bagus untuk kesihatan. Dengan hanya minum Mineral Coffee je korang boleh kurus, pesakit kencing manis, darah tinggi, tekanan darah rendah, obesiti, kolestrol dan macam-macam lagi penyakit kat malaysia ni, semua memberikan hasil yang positif selepas seminggu mengamalkan Mineral Coffee. Wowww!!! hebat betul Mineral Coffee ni. Apa yang membuatkan Mineral Coffee ni sehebat itu? Jom kita kaji.
Mineral Coffee
APA ITU MINERAL COFFEE?
Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Aroma kopinya yang wangi membangkitkan rasa segar, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

BAHAN UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM MINERAL COFFEE
  • Kopi Robusta
  • Garam Buluh
STATUS HALAL
Ok, mesti ramai yang nak tau, halal ke tidak Mineral Coffee ni kan. Of course la HALAL ye sahabat-sahabat semua.
Halal Certificate
 KEISTIMEWAAN MINERAL COFFEE
  • Menariknya Mineral Coffee ni ianya kaya dengan sumber mineral dan magnesium. Seperti yang kita tahu ramuan utama Mineral Coffee ni salah satunya adalah Garam Buluh. Kalau korang nak tau dalam Garam Buluh ni terdapat 77 jenis mineral yang mana kesemua sumber mineral inilah yang akan membekalkan kalsium dan mineral semulajadi yang hilang dari tubuh badan kita setiap hari akibat daripada aktiviti harian dan pemakanan kita.
  •  
  • Menariknya lagi tentang Mineral Coffee ini, ianya tidak menggunakan gula biasa seperti gula yang kita gunakan seharian dirumah, tetapi ianya menggunakan ARTIFICIAL SUGAR. Tau tak apa dia Artificial Sugar tu?Artificial Sugar ni merupakan bahan pemanis yang 200 kali lebih manis dari gula biasa TETAPI TIDAK MEMPUNYAI KALORI. Dan disebabkan itulah apabila seseorang yang meminum Mineral Coffee ini dikatakan boleh menurunkan berat badan kerana Mineral Coffee menggunakan bahan pemanis TANPA KALORI (Artificial Sugar tu la)
  • Kandungan Garam Buluh yang menjadi bahan Utama didalam coffee ini bersifat tinggi Alkali (sama seperti air zam zam) yang mana ia akan meneutralkan kandungan asid yang ada didalam tubuh badan manusia. Dalam badan manusia ni sebenarnye ada asid. Apabila anda lapar, asid yang berada didalam badan seseorang tu akan menjadi bertambah pekat dan akan memedihkan perut dan apabila perkara ini berlaku otak akan bertindak balas dengan memberi arahan agar kadar metabolisma badan kita diturunkan dan oleh kerana itulah walaupun kita berlapar seharian sekalipun, berat badan kita tidak akan turun, malah inilah yang akan menyebabkan seseorang itu mudah mengalami GASTRIK.
TESTIMONI
Kalau setakat cerita macam tu je tak best pulak kan, mesti korang nak tengok sikit testimoni kan. so nak tengok testimoni-testimoni menarik korang boleh klik sini. 

So, if you interested to buy this Mineral Coffee ni can cotact me as below :

Suhada Zainudin
0136391612

AGEN DIPERLUKAN!!!
KAMI JUGA SEDANG MENCARI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPAT DARIPADA RM500 - RM2000 SEBULAN. PADA YANG BERMINAT BOLEH JUGA CONTACT SAYA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI CARA UNTUK MENJADI AGEN.

SAMBIL MINUM KOPI SAMBIL BUAT INCOME.

Wednesday, 9 July 2014

Tips agar rambut cepat panjang

Mesti ramai wanita kat luar sana risau kan bila nak potong rambut pendek. Risau sebab kalau dah potong nanti rambut lambat nak panjang balik. ehem... sama la macam i jugak, tapi rambut i sangat la tebal, nak tak nak mmg terpaksa potong pendek bila keadaan agak merimaskan, especially bila rambut kerap gugur. Adoiii.. sakit kepala dibuatnya. Tapi bila dah potong pendek tu rasa macam menyesal pulak, ye la, dah la rambut susah nak panjang, makan tahun tu nak tumbuh panjang balik. But fortunately i ada terjumpa beberapa tips yuang boleh menggalakan pertumbuhan rambut agar cepat panjang. Jom baca tips ni.
1. Membeli produk rawatan rambut yang mahal tidak berguna sekiranya ia mengandungi banyak bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut. (oooo... baru tau, so tak guna la kan beli produk mahal-mahal kan, patut la rambut i lambat panjang, hurmmm)

2. Elakkan menggunakan produk rambut seperti penyembur rambut atau gel rambut setiap hari. (once again, i never thought about this)

3. Jangan cuci rambut setiap hari. Seelok-eloknya cuci 2 – 3 kali seminggu dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas. (memang tau pun tak elok cuci rambut setiap hari, but never know pulak boleh bantutkan pertumbuhan rambut jugak kan)

4. Cara anda mengikat rambut turut memberi impak kepada akar rambut anda. Jangan ikat terlalu ketat dan lebih baik sekiranya anda kurangkan mengikat rambut setiap hari. (Ada yang kata nak bagi rambut cepat panjang ikat rambut ketat2, terbalik rupanya, salah info la selama ni ek)

5. Mengurut kepala merupakan cara yang paling baik untuk membuatkan rambut cepat panjang. Ini adalah kerana urutan meransang pengaliran darah yang membawa nutrien penting ke folikel rambut anda. (ok, lenguh tangan pulak nak urut sendiri kan, alamak!)

6. Sekiranya anda merasakan sebab utama rambut anda lambat tumbuh adalah kerana anda kerap menggunting rambut, anda silap. Sekiranya anda potong rambut, anda telah memotong hujung rambut yang tidak sihat dan rambut yang tidak sihat tidak akan tumbuh dengan cepat. (laaaa.... yeke??? baru tau la ni)

7. Menyikat rambut juga penting untuk menjadikannya cepat panjang. Secara tidak langsung sikat anda mengurut rambut dan kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda. (okay, after this kena rajin2 sikat rambut)

8. Mengubah belahan rambut juga boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Sekiranya anda sudah biasa dengan belahan di sebelah kiri, cuba ubah ke sebelah kanan pula. Ini dapat mengubah pengaliran darah dan dapat meransang folikel rambut anda. (kalau duduk rumah boleh la ubah gaya kan, kalau keluar i pakai hijab)

9. Minyak zaitun mempunyai kandungan semula jadi yang bagus untuk kesuburan rambut. Gunakan minyak zaitun setiap hujung minggu. Sapukannya pada kulit kepala dan urutkan kepala anda sehingga ia meresap ke dalam akar rambut. (ok, tau dah, so boleh buat lepas ni)

10. Teh hijau sememangnya kaya dengan anti-oksidan. Anda boleh membilas rambut anda dengan teh hijau organik dan urut kepala anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih. Kulit kepala yang bersih dan segar boleh menyihatkan lagi akar rambut anda. (Alamak, teh hijau pulak, mane nak carik)

hurmmm... berguna juga kan tips2 ni, tapi tips yang last tu macam leceh sikit la pulak, better kalau ada shampoo yang memang ada kandungan green tea ni kan.

Oh! ok. baru teringat, shampoo marine essence yang i guna ada extract daun teh pu erh. ooo... no wonder la since i pakai shampoo tu rambut i macam cepat panjang. Rupanya kandungan dia memang ada kena mengena dengan tips2 kat atas tadi tu. jom tengok jap kandungan shampoo Marine Essence ni...

 Yang bestnye lagi pasal shampoo ni i perasan my hair makin lurus la pulak lepas consume shampoo ni 2 hari sekali. memang best kan. so u ols yang teringin nak dapatkan shampoo ni jugak boleh contact i kat no.0136391612 ye. anytime i reply. (^_^)

Tuesday, 8 July 2014

Cara untuk betulkan postur badan

Memang ramai diantara kita mempunyai postur badan yang tidak betul kan, tak kira lelaki atau wanita. Tapi selalunya kaum wanita obses sangat dengan masalah-masalah yang melibatkan kecantikkan tubuh badan kan. Ye la, dah nama pun perempuan dan wanita kan, memang lumrahnya nak tampil cantik sentiasa. Postur badan yang tak betul merupakan salah satu masalah yang sering dihantui oleh kaum wanita juga. Tapi tahukah anda apa yang menyebabkan terjadinya masalah postur badan yang tidak betul ini? Jom kita rungkai permasalahan dan penyelesaiannya.


Contoh postur badan

Apakah yang menyebabkan postur yang tidak betul

  • Poor habits (slouching etc)
  • Obese
  • Otot yang lemak (tidak dapat menakung berat anda)
  • Mengandung
  • Kasut timut tinggi (yes for you girls out there)
  • Otot tegang (lack of flexbility)
  • Banyak duduk depan PC
itu adalah antara punca mengapa berlakunya postur badan yang tidak betul. 
Bagaimana pula untuk memperbaikinya?
  • Kekuatan asas otot
  • Flexiblity in your muscles
  • Core balance (not just strong abs but strong lower back also)
  • Kesedaran..supaya you have the awareness to make changes, jika perlu
sedikit latihan juga perlu untuk mengembalikan postur badan yang betul. Apakah jenis latihan yang boleh kita lakukan?
  • Latihan abs
  • Latihan untuk bahagian bawah belakang seperti (hyperextensions)
  • Overall back exercise seperti lat pulldown to promote an erect upper body
Selain daripada tips-tips diatas, i nak kongsikan juga kat u ols mengenai Premium Beautiful Korset ni yang boleh juga membantu untuk mengembalikan postur badan u ols. u ols kenal tak dengan Fatin Liyana? 1 of the famous blogger in malaysia. Beliau juga menghadapi masalah postur badan ni juga. But fortunately, dia diperkenalkan dengan Premium Beautiful korset oleh my mentor iaitu Salha Mohd Zain. Meh tengok perbezaan postur badan beliau sebelum dan selepas mengenakan Premium Beautiful korset kat badan beliau.

Sebelum menggunakan premium beautiful

Selepas menggunakan premium beautiful
nampak tak perbezaan dia? so for those yang susah sangat nak buat exercise tu, i recommend u ols try la premium beautiful ni. memang membantu sangat-sangat. Fatin Liyana pun suka dengan bentuk dan postur badan beliau sekarang. bukan kata Fatin je, i pun sama.. nak tengok tak my own testimonial pulak? jommmm....


see... nampak kan camne postur badan i berubaa after pakai premium beautiful. sebab apa tau premium beautiful ni boleh bantu kembalikan postur badan u ols dengan betul, sebab dalam set premium beautiful ni ada Waist Nipper/Bengkung yang mampu membuatkan badan u ols jadi tegak secara automatik, bila u ols pakai  Bengkung tu mmg u ols tak akan duduk bongkok punya. meh nak tunjuk rupa bentuk bengkung premium beautiful ni..



Ini dia Waist Nipper/bengkung yang saya cakap tadi. Meh saya ceritakan sikit apa fungsi Waist Nipper ni.


Dilengkapi dengan 7 Batang keluli memori yang dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk badan-keselesaan sepanjang hari. Kesan 'effect' pemakaian kimono pada wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung premium beautiful. ANDA tidak akan bongkok sehingga ke tua jika amalkan pemakaian bengkung. Sakit pinggang/belakang juga akan LENYAP juga dari badan!

Juga mempunyai Cangkuk 3 laras disisi untuk keselesaan badan dan mempercepatkan pembakaran lemak degil disini. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
Bahagian hadapan membantu perut menjadi kemas dan rata. Amat sesuai juga untuk kaum adam yang 'boroi'.
so, pada u ols yang berminat nak mencuba premium beautiful corset ni boleh contact saya direct di nombor 0136391612.
boleh tengok je testimoni-testimoni daripada pengguna-pengguna premium beautiful korset kat sini.