MENU BAR

Wednesday, 9 July 2014

Tips agar rambut cepat panjang

Mesti ramai wanita kat luar sana risau kan bila nak potong rambut pendek. Risau sebab kalau dah potong nanti rambut lambat nak panjang balik. ehem... sama la macam i jugak, tapi rambut i sangat la tebal, nak tak nak mmg terpaksa potong pendek bila keadaan agak merimaskan, especially bila rambut kerap gugur. Adoiii.. sakit kepala dibuatnya. Tapi bila dah potong pendek tu rasa macam menyesal pulak, ye la, dah la rambut susah nak panjang, makan tahun tu nak tumbuh panjang balik. But fortunately i ada terjumpa beberapa tips yuang boleh menggalakan pertumbuhan rambut agar cepat panjang. Jom baca tips ni.
1. Membeli produk rawatan rambut yang mahal tidak berguna sekiranya ia mengandungi banyak bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut. (oooo... baru tau, so tak guna la kan beli produk mahal-mahal kan, patut la rambut i lambat panjang, hurmmm)

2. Elakkan menggunakan produk rambut seperti penyembur rambut atau gel rambut setiap hari. (once again, i never thought about this)

3. Jangan cuci rambut setiap hari. Seelok-eloknya cuci 2 – 3 kali seminggu dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas. (memang tau pun tak elok cuci rambut setiap hari, but never know pulak boleh bantutkan pertumbuhan rambut jugak kan)

4. Cara anda mengikat rambut turut memberi impak kepada akar rambut anda. Jangan ikat terlalu ketat dan lebih baik sekiranya anda kurangkan mengikat rambut setiap hari. (Ada yang kata nak bagi rambut cepat panjang ikat rambut ketat2, terbalik rupanya, salah info la selama ni ek)

5. Mengurut kepala merupakan cara yang paling baik untuk membuatkan rambut cepat panjang. Ini adalah kerana urutan meransang pengaliran darah yang membawa nutrien penting ke folikel rambut anda. (ok, lenguh tangan pulak nak urut sendiri kan, alamak!)

6. Sekiranya anda merasakan sebab utama rambut anda lambat tumbuh adalah kerana anda kerap menggunting rambut, anda silap. Sekiranya anda potong rambut, anda telah memotong hujung rambut yang tidak sihat dan rambut yang tidak sihat tidak akan tumbuh dengan cepat. (laaaa.... yeke??? baru tau la ni)

7. Menyikat rambut juga penting untuk menjadikannya cepat panjang. Secara tidak langsung sikat anda mengurut rambut dan kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda. (okay, after this kena rajin2 sikat rambut)

8. Mengubah belahan rambut juga boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Sekiranya anda sudah biasa dengan belahan di sebelah kiri, cuba ubah ke sebelah kanan pula. Ini dapat mengubah pengaliran darah dan dapat meransang folikel rambut anda. (kalau duduk rumah boleh la ubah gaya kan, kalau keluar i pakai hijab)

9. Minyak zaitun mempunyai kandungan semula jadi yang bagus untuk kesuburan rambut. Gunakan minyak zaitun setiap hujung minggu. Sapukannya pada kulit kepala dan urutkan kepala anda sehingga ia meresap ke dalam akar rambut. (ok, tau dah, so boleh buat lepas ni)

10. Teh hijau sememangnya kaya dengan anti-oksidan. Anda boleh membilas rambut anda dengan teh hijau organik dan urut kepala anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih. Kulit kepala yang bersih dan segar boleh menyihatkan lagi akar rambut anda. (Alamak, teh hijau pulak, mane nak carik)

hurmmm... berguna juga kan tips2 ni, tapi tips yang last tu macam leceh sikit la pulak, better kalau ada shampoo yang memang ada kandungan green tea ni kan.

Oh! ok. baru teringat, shampoo marine essence yang i guna ada extract daun teh pu erh. ooo... no wonder la since i pakai shampoo tu rambut i macam cepat panjang. Rupanya kandungan dia memang ada kena mengena dengan tips2 kat atas tadi tu. jom tengok jap kandungan shampoo Marine Essence ni...

 Yang bestnye lagi pasal shampoo ni i perasan my hair makin lurus la pulak lepas consume shampoo ni 2 hari sekali. memang best kan. so u ols yang teringin nak dapatkan shampoo ni jugak boleh contact i kat no.0136391612 ye. anytime i reply. (^_^)

No comments:

Post a Comment