MENU BAR

Sunday, 21 December 2014

Shopping @ Zawara Johor Bahru

Bestnye semalam dapat jugak shopping kat zawara. Excited giler nak pegi zawara semalam, mana taknye, dah berpuluh kali kot sebut kata nak pegi zawara tapi asyik tak jadi je. asal nak pegi ada je halangan. tapi semalam nekad, walau apa pun terjadi tetap nak pegi jugak sebab tak boleh blah dah tengok baju-baju baru yang zawara keluarkan. cantikkkkk sangattttt!!!
Zawara Alicia Diamond
Ni la baju keluaran terbaru zawara yang buat i ols tak senang duduk. ikutkan hati boleh je beli online kat website dia, tapi macam tak best la plak sebab dah biasa sangat beli online kan. Skali Skala nak jugak jenguk Butiknya kan... tapi memang best giler la shopping kat zawara semalam, puas hati sangat-sangat. kalau nak di ikutkan nafsu membeli ni mau i ols shopping semua jenis baju yang ada dengan tudung-tudung skali. hahahaha.... tapi sabar.... sabar... next time kita boleh pegi lagi....

Nampak tak, punya seronok pegi zawara siap boleh blaja cara pakai shawl lagi... ni kakak ipar i ols ni... sakan dia, nak pilih tudung punya pasal sampai blaja lagi. Staff zawara pun sangat best & ohsem... sabar je layan kitaorg ni yang macam-macam... hahahaha.... rasa-rasanya sejam kitaorg dalam zawara tu nak memilih baju dan tudung punya pasal. Kakak ipar i ols ni tak reti nak menggayakan shawl, that's why sempat lagi belajar cara-cara nak pakai, tapi serius la... memang best sangat.
Settle shopping macam biasa la, wajib selfie dulu se das... hahaha.... Shopping time tengah sale memang ohsem sangat! Baju dari RM149 jadi RM129 je!!! Tudung pulak for all collection kalau ikut normal price RM39-49... but time sale ni beli 3 helai for only RM99!!! woww weeeee!!! memang kitaorg shopping sakan la semalam. hahahaha... seronok habis. paling best staff zawara siap snap picture kitaorg lagi, then upload kat IG dorg. Thank You zawara Johor Bahru!!! Insya'ALLAH we will come again!! wait for us!
Korang kalau tak tau kat mana Zawara JB ni meh nak bagitau location. Zawara JB ni kat Bandar Baru Uda, Jalan Pade Emas 1/4. Kawasan dia dekat area belakang Jakel tu... ada kawasan deretan kedai baru-baru kat situ. Try la shopping kat Zawara ni, sure korang jatuh cinta dengan collection dia.

Thursday, 18 December 2014

Resepi Roti Jala yang mabeles!!!

Seriously la kan, sejak bergelar ibu ni dan sejak anak-anak makin membesar ni automatically kita ni terus jadi suka nak masak-masak kan, especially bila tengok anak-anak suka sangat makan masakan kita kan. Semalam pulak nak dijadikan cerita actually kita masak Kari Ayam untuk lunch... then macam biasa la, bila petang je kepala otak ni duk fikir nak buat apa ek untuk minum petang... hehehe... then teringat la yang kita ni ada buat kari ayam.. makan dengan roti jala pun sedap jugak kan... so tak buang masa teruslah ke dapur membancuh tepung segala macam nak buat roti jala.

korang nak tau tak, kita ni macam biasa la.. nak buat apa-apa kuih muih ni kita suka google resipi... bila menggoogle pulak suka cari respi yang best-best dan sedap... so resepi roti jala yang kita jumpa ni memang la sangat mabelesssss.... korng tak caye boleh try... ni kita share resepi....



Bahan-Bahannya :
3 cawan tepung gandum - (kita tak sukat pun.. main tuang je tepung dalam blender.. hehehe)
21/2 cawan minyak masak - depends la korang nak letak banyak mana, tapi kita semalam lupa letak, tapi still jadi & lembut jugak...
1 biji telur
1 sudu kecil garam - (agak-agak la ye, jangan sampai termasin pulak)
3 cawan air - yang ni ada org campur santan sikit, tapi kita tak campur pun sebab tak nak lemak-lemak sangat sbb makan pun dengan kari yang dah sedia berlemak kan... hehehe... kononnnnn katanye....
sedikit pewarna kuning untuk bagi nampak warna kuning sikit, baru lah cantik kan... kalau tak putih macam lempeng tu je... hehehe...

ok... dah ready semua bahan-bahan ni campur je semua-semua bahan ni dan gaul sampai sebati, kalau nak senang blender aje semua skali... lepas tu dah boleh la masuk dalam acuan dia pastu tebarkan diatas kuali yang dah dipanaskan... jangan lupa sapu sikit majerin kat kuali untuk elakkan daripada adunan tadi melekat kat kuali melainkan kalau korang guna non stick pan...

ok.. disebabkan semalam kita lupa nak snap gambar roti jala yang kita buat tu.. so kita letak gambar sekadar hiasan je la ek... hehehehe... hopefully this recipes helps u ols yang mana teringin bebeno nak makan roti jala katanye kan... ok. selamat mencuba!!

Wednesday, 10 December 2014

Resepi Chocolate Moist Cake yang sangat simple dan mudah

Semalam tetiba terasa nak makan Chocolate Moist Cake ni kan. Selalu rasa nak buat, Tapi bila google resepi semuanya macam complicated sangat. So terus hilang mood nak buat. Tapi semalam terjumpa plak resepi yang memang simple n mudah sangat-sangat. Step pun senang faham dan mudah nak ingat... hehehe... so tak buang masa terus grab bahan-bahan yang ada, keluarkan mixer semua terus bancuh... tapi jangan lupa, apa-apa pun pre heat oven sesiap ye before buat. Kalau korang pakai kukus make sure didihkan dulu air lukusan supaya kek korang nanti menjadi. Ok.. now i share dengan u ols resepi yang super simple ni ye... harap dapat membantu korang untuk buat kek yang sedap jugak... hehehe

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.
MUDAH DAN MENJADI.

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.

3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.

***********************

Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.

🎂Topping Coklat 1🎂

Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 2🎂

Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 3🎂

Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream

Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

🎂Topping Coklat 4🎂

Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 5🎂

Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Inilah dia rupa kek yang i ols buat... hehehe... 

Tuesday, 9 December 2014

Mineral Coffee : Kopi untuk Kesihatan

Hari ni nak cerita sikit pasal Mineral Coffee ni. Sekarang ni macam dah jadi satu fenomena luar biasa pulak dengan Mineral Coffee ni, mana taknya, pergi mana-mana stokis semua kata "out of stock". Sampaikan nak restock untuk sendiri pun payah. hadoiii... dah jadi macam Fenomena Sabun Marine Essence la pulak. Mineral Coffee tiba-tiba mendapat permintaan yang sangat tinggi, Kenapa?? Sebab Mineral Coffee satu-satunya Coffee yang sangat bagus untuk kesihatan. Dengan hanya minum Mineral Coffee je korang boleh kurus, pesakit kencing manis, darah tinggi, tekanan darah rendah, obesiti, kolestrol dan macam-macam lagi penyakit kat malaysia ni, semua memberikan hasil yang positif selepas seminggu mengamalkan Mineral Coffee. Wowww!!! hebat betul Mineral Coffee ni. Apa yang membuatkan Mineral Coffee ni sehebat itu? Jom kita kaji.
Mineral Coffee
APA ITU MINERAL COFFEE?
Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Aroma kopinya yang wangi membangkitkan rasa segar, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

BAHAN UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM MINERAL COFFEE
  • Kopi Robusta
  • Garam Buluh
STATUS HALAL
Ok, mesti ramai yang nak tau, halal ke tidak Mineral Coffee ni kan. Of course la HALAL ye sahabat-sahabat semua.
Halal Certificate
 KEISTIMEWAAN MINERAL COFFEE
  • Menariknya Mineral Coffee ni ianya kaya dengan sumber mineral dan magnesium. Seperti yang kita tahu ramuan utama Mineral Coffee ni salah satunya adalah Garam Buluh. Kalau korang nak tau dalam Garam Buluh ni terdapat 77 jenis mineral yang mana kesemua sumber mineral inilah yang akan membekalkan kalsium dan mineral semulajadi yang hilang dari tubuh badan kita setiap hari akibat daripada aktiviti harian dan pemakanan kita.
  •  
  • Menariknya lagi tentang Mineral Coffee ini, ianya tidak menggunakan gula biasa seperti gula yang kita gunakan seharian dirumah, tetapi ianya menggunakan ARTIFICIAL SUGAR. Tau tak apa dia Artificial Sugar tu?Artificial Sugar ni merupakan bahan pemanis yang 200 kali lebih manis dari gula biasa TETAPI TIDAK MEMPUNYAI KALORI. Dan disebabkan itulah apabila seseorang yang meminum Mineral Coffee ini dikatakan boleh menurunkan berat badan kerana Mineral Coffee menggunakan bahan pemanis TANPA KALORI (Artificial Sugar tu la)
  • Kandungan Garam Buluh yang menjadi bahan Utama didalam coffee ini bersifat tinggi Alkali (sama seperti air zam zam) yang mana ia akan meneutralkan kandungan asid yang ada didalam tubuh badan manusia. Dalam badan manusia ni sebenarnye ada asid. Apabila anda lapar, asid yang berada didalam badan seseorang tu akan menjadi bertambah pekat dan akan memedihkan perut dan apabila perkara ini berlaku otak akan bertindak balas dengan memberi arahan agar kadar metabolisma badan kita diturunkan dan oleh kerana itulah walaupun kita berlapar seharian sekalipun, berat badan kita tidak akan turun, malah inilah yang akan menyebabkan seseorang itu mudah mengalami GASTRIK.
TESTIMONI
Kalau setakat cerita macam tu je tak best pulak kan, mesti korang nak tengok sikit testimoni kan. so nak tengok testimoni-testimoni menarik korang boleh klik sini. 

So, if you interested to buy this Mineral Coffee ni can cotact me as below :

Suhada Zainudin
0136391612

AGEN DIPERLUKAN!!!
KAMI JUGA SEDANG MENCARI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPAT DARIPADA RM500 - RM2000 SEBULAN. PADA YANG BERMINAT BOLEH JUGA CONTACT SAYA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI CARA UNTUK MENJADI AGEN.

SAMBIL MINUM KOPI SAMBIL BUAT INCOME.