MENU BAR

Wednesday, 10 December 2014

Resepi Chocolate Moist Cake yang sangat simple dan mudah

Semalam tetiba terasa nak makan Chocolate Moist Cake ni kan. Selalu rasa nak buat, Tapi bila google resepi semuanya macam complicated sangat. So terus hilang mood nak buat. Tapi semalam terjumpa plak resepi yang memang simple n mudah sangat-sangat. Step pun senang faham dan mudah nak ingat... hehehe... so tak buang masa terus grab bahan-bahan yang ada, keluarkan mixer semua terus bancuh... tapi jangan lupa, apa-apa pun pre heat oven sesiap ye before buat. Kalau korang pakai kukus make sure didihkan dulu air lukusan supaya kek korang nanti menjadi. Ok.. now i share dengan u ols resepi yang super simple ni ye... harap dapat membantu korang untuk buat kek yang sedap jugak... hehehe

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.
MUDAH DAN MENJADI.

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.

3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.

***********************

Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.

🎂Topping Coklat 1🎂

Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 2🎂

Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 3🎂

Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream

Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

🎂Topping Coklat 4🎂

Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 5🎂

Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Inilah dia rupa kek yang i ols buat... hehehe... 

No comments:

Post a Comment