MENU BAR

Thursday, 18 December 2014

Resepi Roti Jala yang mabeles!!!

Seriously la kan, sejak bergelar ibu ni dan sejak anak-anak makin membesar ni automatically kita ni terus jadi suka nak masak-masak kan, especially bila tengok anak-anak suka sangat makan masakan kita kan. Semalam pulak nak dijadikan cerita actually kita masak Kari Ayam untuk lunch... then macam biasa la, bila petang je kepala otak ni duk fikir nak buat apa ek untuk minum petang... hehehe... then teringat la yang kita ni ada buat kari ayam.. makan dengan roti jala pun sedap jugak kan... so tak buang masa teruslah ke dapur membancuh tepung segala macam nak buat roti jala.

korang nak tau tak, kita ni macam biasa la.. nak buat apa-apa kuih muih ni kita suka google resipi... bila menggoogle pulak suka cari respi yang best-best dan sedap... so resepi roti jala yang kita jumpa ni memang la sangat mabelesssss.... korng tak caye boleh try... ni kita share resepi....



Bahan-Bahannya :
3 cawan tepung gandum - (kita tak sukat pun.. main tuang je tepung dalam blender.. hehehe)
21/2 cawan minyak masak - depends la korang nak letak banyak mana, tapi kita semalam lupa letak, tapi still jadi & lembut jugak...
1 biji telur
1 sudu kecil garam - (agak-agak la ye, jangan sampai termasin pulak)
3 cawan air - yang ni ada org campur santan sikit, tapi kita tak campur pun sebab tak nak lemak-lemak sangat sbb makan pun dengan kari yang dah sedia berlemak kan... hehehe... kononnnnn katanye....
sedikit pewarna kuning untuk bagi nampak warna kuning sikit, baru lah cantik kan... kalau tak putih macam lempeng tu je... hehehe...

ok... dah ready semua bahan-bahan ni campur je semua-semua bahan ni dan gaul sampai sebati, kalau nak senang blender aje semua skali... lepas tu dah boleh la masuk dalam acuan dia pastu tebarkan diatas kuali yang dah dipanaskan... jangan lupa sapu sikit majerin kat kuali untuk elakkan daripada adunan tadi melekat kat kuali melainkan kalau korang guna non stick pan...

ok.. disebabkan semalam kita lupa nak snap gambar roti jala yang kita buat tu.. so kita letak gambar sekadar hiasan je la ek... hehehehe... hopefully this recipes helps u ols yang mana teringin bebeno nak makan roti jala katanye kan... ok. selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment