MENU BAR

Tuesday, 27 January 2015

THE POWER OF SOLAT

Sebelum apa2 saya nak minta maaf dulu ye sebab tujuan saya share pasal posting ni bukan sebab nak menunjuk-nunjuk atau bangga diri, tapi just nak share mengenai betapa besarnya KUASA SOLAT yang ALLAH S.W.T beri pada kita.


Ceritanya macam ni. Pagi tadi macam biasa, pkl 6.30 bangun nak solat subuh, biasanya adik sorang je yang ikut mamanya bangun skali, abang jarang2. tapi kadang2 abang bangun jugak kalau tido awal, and pagi tadi mama bangun abang pun bangun sama, adik still tido lagi. So me pun macam biasa la, terus g bilik air nak berwudhuk. Lepas amek wudhuk tengok2 adik dah bangun. Ok lah, takpela... terus je solat, then lepas solat layan adik jap golek2 atas katil. Si abang sibuk main HP papanya. Then nampak papa keluar dari toilet n nak siap2 solat tiba2 si abang pun amek sejadah kecik dia konon2 nak ikut papa solat. Me masa tu dah tersengih2 tgk gelagat si abang. Tapi sebab abang baru 2Y++ so mane tau hujung pangkal sejadah tu kan. So papa la tolong bentangkan. Ingat si abang main2 je konon2 nak ikut papa solat. Ye la, budak umur 2 tahun bukan tau ape2 sgt kan. dia tau ikut je. Tapi mengejutkan jugak sebab tgk abang stay atas sejadah tunggu papa start. Then bila papa angkat je takbir dia pun ikut terus letak tangan kat perut ikut cam papa dia buat. aikkk... me macam... subhanallah.... rasa nak nangis pun ada... then papa rukuk, dia rukuk, papa sujud dia sujud. haaaaaaa....???? Ya ALLAH... cam tak caye dia boleh ikut sejauh tu. huhuhu... selalu dia main2 je.

sempat snap masa ni je... hihihi 

So moralnya kat sini mudah je. Ini lah dia KUASA SOLAT. Kita selama ni fikir macam mana nak didik anak2 kita supaya rajin solat, tak tinggal solat sebab as we know solat adalah tiang agama kan. Bak kata pepatah "Melentur Buluh biarlah dari rebungnya kan" so, inilah cara yang mudah, kita nak didik anak2 kita biar tak tinggal solat biarlah dari kecik. Kalau boleh setiap kali kita nak solat biar je dia tengok kita solat, biar la dia kacau pun janji dia tengok kita solat sebab lama kelamaan dia akan ikut sama. so Automaticaly dia akan jadi biasa dengan melihat tindakan kita sehari-hari tu kan. Alhamdulillah abang hari-hari tengok mama solat, kadang2 dia nak ikut juga solat, tapi biasala kan, abang kecik lagi. just ikut2 gitu je la. But this morning memang sangat tersentuh hati tengok gelagat dia sebab dia dah pandai ikut sampai sejauh tu. Syukur Alhamdulillah. 

Lagi 1 odah nak bagi tips kat korang, setiap kali lepas solat rajin-rajin la baca ayat 40 dari surah ibrahim. Insya'ALLAH bila anak-anak dah besar nanti dia akan jadi orang yag sentiasa mendahulukan solat. Mudahan-mudahan berguna buat kita semua. Amin.

No comments:

Post a Comment