MENU BAR

Friday, 19 June 2015

MENU BERBUKA 1 RAMADHAN

RESEPI CREAMY BUTTER CHICKEN : MY OWN VERSION

Assalamualaikum.... alhamdulillah selesai sudah menjalani ibadah puasa untuk 1 ramadhan. Hari pertama berpuasa biasanya memang kita akan jalani dengan jayanya kan. Sebab ape ek? Mungkin sebab tenaga masih kuat lagi kot.. hehehehe.... takpelah, semoga kita dapat lalui bulan ramadhan ni dengan penuh tawadhok dan jaya-nya sehingga ke akhir bulan ye.

So, hari pertama berpuasa apa menu berbuka puasa korang? Mesti macam-macam kan. Hari pertama sure la ramai yang balik kampung sambut puasa dengan keluarga tercinta kan... bestnye korang dapat sahur dan berbuka beramai2 kan. Me???? Berbuka puasa sorang2 je sebab husband keje kat singapore kan. Sahur je la dapat sama2, berbuka sorang2. Hujung minggu baru dapat berbuka sama. Alhamdulillah... syukur la kan, masih jugak dapat merasa ada dengan suami dan anak2... ehehehe... Eh! termelalut pulak dah... i'm sorry... ngeeeee~~~~

Ok lah, back to the main point. 1st ramadhan semalam i ols masak Creamy Butter Chicken. Tetiba terasa nak makan menu ala-ala west pulak kan. At first odah cari jugak resepi guna MR.GOOGLE. Banyak-banyak resepi yang jumpa, tertarik dengan resepi dari blog AZIE KITCHEN ni, sebab resepinye simple dan nampak menarik. odah follow exactly resepi dari blog Azie ni cumanya odah tambahkan bawang putih je coz resepi Azie takde guna garlic pun. Lagi 1 kalau ikut kat blog Azie Kitchen dia ada guna cili, odah gantikan dengan black pepper je sebab tak nak pedas, lagipun odah masak sekali untuk anak-anak juga, kalau buat pedas kang kesian pulak kat hero 2 orang tu kan tak boleh nak makan. Kat sini odah share resepi Creamy Butter Chicken ni ikut resepi yang odah dah olah ye. Kalau u ols nak resepi asli dari blog Azie Kitchen boleh tengok sini ek. Kalau korang seorang penggemar cheese sure korang suka makan Creamy Butter Chicken ni sebab memang superrrr sedapppp.

Ni la rupa butter chicken kita
Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sk serbuk Black pepper
1 pelepah daun kari
1 keping cheddar cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Maggie
Garam
2-3 ulas bawang putih (cincang)

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara-Cara :
Perap ayam dengan bahan perapan selama 1 jam. Odah simpan dalam freezer selama 1 jam tu. Lepas 1 jam keluarkan dan goreng hingga warna kuning keemasan. Gunakan Non stick pan kalau tak nak melekat.

Panaskan kuali dan cairkan butter tadi, lepas tu tumiskan bawang putih dan daun kari sampai naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan cheese, kacau rata. Kemudian masukkan garam, serbuk black pepper dengan perasa ayam tadi. Kacau rata. Lepas tu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan rata bersama dengan kuah tadi. Masak sekejap sampai kuah rata pada seluruh ayam. Siappp!!! dah boleh hidangkan.

SELAMAT MENCUBA U OLSSS!!! 

Wednesday, 17 June 2015

GASTRIK JEJASKAN IBADAH PUASA?

Gastrik antara masalah yang sering menganggu bila tiba-nya bulan puasa kan. Orang yang ada masalah gastrik mesti runsing kan sebab tak dapat nak laksanakan ibadah puasa dengan sempurna. Bila perut terlalu pedih dan sampai muntah-muntah memang terpaksa la berbuka puasa sebab tak nak masalah jadi bertambah teruk. dah satu hal nak kena ganti puasa pulak kan. Memang la tak susah nak ganti, tapi kan lagi best bila kita dapat laksanakan full terus masa bulan puasa kan. baru terasa nikmatnya bulan puasa.

Ok lah, bagi nak membantu mereka yang ada masalah gastrik ni, odah nak share beberapa testimoni dari orang-orang yang ada masalah gastrik ni yang mana mereka akui yang masalah gastrik mereka semakin pulih selepas consume Mineral Coffee.
Testimoni Gastrik 1.0
Testimoni Gastrik 1.1
Testimoni Gastrik 1.2
Testimoni Gastrik1.3
MACAM MANA MINERAL COFFEE BOLEH RAWAT GASTRIK?
Sebab Mineral Coffee sangat tinggi dengan sumber MAGNESIUM.

APA ITU MAGNESIUM?
Magnesium atau biasanya disebut sebagai "mineral makro," yang bermaksud bahawa makanan kita seharusnya membekalkan kepada kita beratus-ratus miligram magnesium setiap hari. (Mineral makro lain yang harus diperolehi oleh manusia dari makanan adalah kalsium, fosforus, sodium: pemakanan, potassium, dan chloride).

Di dalam tubuh kita, sebahagian besar magnesium ditemukan di dalam tulang (60-65%), 25% pada otot-otot, dan selebihnya di dalam jenis-jenis cell lain dan cecair-cecair tubuh. 

Tidak seperti semua mineral, magnesium tidak boleh diproduksi oleh tubuh kita, oleh itu kita harus memastikan sumber magnesium yang perlu kita perolehi ada di dalam diet seharian agar tubuh badan kekal sihat.

Magnesium juga kadang kala di panggil mineral "smoothie" kerana kemampuannya untuk menenangkan otot-otot kita.

Sistem saraf dalam tubuh badan kita juga bergantung pada magnsium untuk mencegahnya daripada menjadi terlalu tegang, dan dari sumber magnesium ini juga lah yang menghubungkan mineral ini dengan pemeliharaan kesihatan tekanan darah.

Bulan Puasa pun dah bermula, hari ni dah pun 1 ramadhan, so kita ada 29 hari lagi nak tempuh ibadah puasa. So pada yang nak kan ibadah puasa yang sempurna tanpa gangguan dari masalah gastrik masih sempat lagi nak cuba Mineral Coffee ni. Jommm!!!

SUHADA ZAINUDIN
0136391612

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA KETIKA BULAN PUASA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan puasa dah rupenye kan, sekejap je masa berlalu sekarang ni. Oklah, tak nak sembang panjang-panjang sangat kita terus je ke topik sebenar.

Sempena bulan puasa yang bakal tiba ni (Esok je pun... hehehe), apa kata kita buat ulangkaji sikit. Bukan apa, otak kita ni pun kadang-kadang nak kena servis jugak kan, walaupun semua benda-benda ni nampak remeh tapi sekali sekala kita kena refresh juga kan apa yang boleh dan apa yang tak boleh masa bulan puasa ni kan. so... jom kita mulakan dengan niat puasa dulu.

NIAT PUASA
Niat puasa macam yang kita semua sedia maklum ada dua jenis niat. Kita boleh niat sama ada nak niat untuk puasa sebulan terus atau niat hari-hari. Kalau takut lupa boleh la niat sebulan terus kan. Tapi kalau niat hari-hari lagi afdhal kan. hehehehe... so kalau ada yang lupa tu boleh la tengok niat puasa kat bawah ni ek.

SYARAT WAJIB PUASA
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Sihat
  • Bermukim (Tidak Musafir)
  • Suci (Dari Haid Dan Nifas)

SYARAT SAH PUASA
  • Islam
  • Berakal & Mumayyiz
  • Suci (Dari Haid Dan Nifas)
  • Nyata masuknya bulan Ramadhan

RUKUN PUASA
  • Orang Yang Puasa
  • Berniat
  • Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
  2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
  3. Muntah Dengan Sengaja
  4. Keluar Haid & Nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluar Mani Dengan Dengaja
  8. Bersetubuh Di Siang Hari

PERKARA SUNAT KETIKA PUASA
  1. Segera Berbuka Puasa
  2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
  3. Baca Doa
  4. Melambatkan Bersahur
  5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
  6. Sentiasa Bersedekah
  7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
  8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-Kumur
  4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
  5. Mandi Yang Berlebihan
  6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

GOLONGAN YANG WAJIB QADA' PUASA
  1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
  2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
  3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
  4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
  5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
  6. Orang Yang Pitam/Mabuk
  7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

GOLONGAN YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH PUASA
  1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua -
    Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa Bagi Setahun Tertinggal.
    Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
  2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
  3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
  4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
    Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya.
  5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

KIFARAT BERSETUBUH SEMASA BULAN RAMADHAN
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-
  1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
    (Sekiranya Tidak Mampu)
  2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus
    (Kalau Tidak Berdaya)
  3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin. 
    Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

PERINGKAT PUASA
  1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
  2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
  3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

GOLONGAN YANG DIBENARKAN MENINGGALKAN PUASA
  1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
  2. Orang Musafir
  3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
  4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
  5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu
Alhamdulillah... selesai sudah ulangkaji kita. Ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan sahabat semua. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua dan dapat kita saling ingat mengingati.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
Insyallah.. Amin.

Sumber daripada sahabat seperjuangan Mardhiyah n Family

Monday, 15 June 2015

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 2015


Assalamualaikum buat sahabat-sabahat pembaca sekalian. Tak lama je lagi kita nak sambut bulan Ramadhan kan... sekejapnye masa berlalu. Rasanya macam baru je sambut raya tahun lepas, sekarang Ramadhan menjelma lagi.. Alhamdulillah masih lagi di izinkan ALLAH S.W.T untuk kita bersua kembali dengan Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan baraqah.

Sebut je pasal bulan Ramadhan ni confirm ramai yang berebut2 nak kaut pahala banyak-banyak kan. Salah satunya dengan cara bersedekah. Sebut pasal sedekah ni ada banyak cara kan untuk kita bersedekah. Tapi tak kira la macam mana bentuk sedekah kita tu janji kita benar-benar ikhlas tanpa ada rungutan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
-Riwayat at- Tirmidzi-

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,
كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ - عَلَيْهِ السَّلاَمُ - يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِى رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ ، يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - الْقُرْآنَ ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ - عَلَيْهِ السَّلاَمُ - كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

“Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling gemar melakukan kebaikan. Kedermawanan (kebaikan) yang beliau lakukan lebih lagi di bulan Ramadhan yaitu ketika Jibril ‘alaihis salam menemui beliau. Jibril ‘alaihis salam datang menemui beliau pada setiap malam di bulan Ramadhan (untuk membacakan Al Qur'an) hingga Al Qur'an selesai dibacakan untuk Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Apabila Jibril ‘alaihi salam datang menemuinya, beliau adalah orang yang lebih cepat dalam kebaikan dari angin yang berhembus.”
(Riyadhus Shalihin:Jld 2 :MS 1173).

لَّا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاس
(Surah An Nisa’:Ayat 114)
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
(Surah Al Hashr :Ayat 7 – sebahagian).

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan
lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Jadi dikesempatan ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama melakukan amal jariah dengan memberikan sumbangan ikhlas anda pada yang memerlukan. Berikut ada saya sertakan butir-butir mengenai Sekolah Tahfiz yang memerlukan sumbangan anda semua. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh hubungi nombor yanng tertera pada gambar tersebut.