MENU BAR

Monday, 15 June 2015

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 2015


Assalamualaikum buat sahabat-sabahat pembaca sekalian. Tak lama je lagi kita nak sambut bulan Ramadhan kan... sekejapnye masa berlalu. Rasanya macam baru je sambut raya tahun lepas, sekarang Ramadhan menjelma lagi.. Alhamdulillah masih lagi di izinkan ALLAH S.W.T untuk kita bersua kembali dengan Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan baraqah.

Sebut je pasal bulan Ramadhan ni confirm ramai yang berebut2 nak kaut pahala banyak-banyak kan. Salah satunya dengan cara bersedekah. Sebut pasal sedekah ni ada banyak cara kan untuk kita bersedekah. Tapi tak kira la macam mana bentuk sedekah kita tu janji kita benar-benar ikhlas tanpa ada rungutan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
-Riwayat at- Tirmidzi-

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata,
كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ - عَلَيْهِ السَّلاَمُ - يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِى رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ ، يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - الْقُرْآنَ ، فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ - عَلَيْهِ السَّلاَمُ - كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

“Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling gemar melakukan kebaikan. Kedermawanan (kebaikan) yang beliau lakukan lebih lagi di bulan Ramadhan yaitu ketika Jibril ‘alaihis salam menemui beliau. Jibril ‘alaihis salam datang menemui beliau pada setiap malam di bulan Ramadhan (untuk membacakan Al Qur'an) hingga Al Qur'an selesai dibacakan untuk Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Apabila Jibril ‘alaihi salam datang menemuinya, beliau adalah orang yang lebih cepat dalam kebaikan dari angin yang berhembus.”
(Riyadhus Shalihin:Jld 2 :MS 1173).

لَّا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاس
(Surah An Nisa’:Ayat 114)
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
(Surah Al Hashr :Ayat 7 – sebahagian).

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan
lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Jadi dikesempatan ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama melakukan amal jariah dengan memberikan sumbangan ikhlas anda pada yang memerlukan. Berikut ada saya sertakan butir-butir mengenai Sekolah Tahfiz yang memerlukan sumbangan anda semua. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh hubungi nombor yanng tertera pada gambar tersebut.

No comments:

Post a Comment