MENU BAR

Saturday, 1 August 2015

Awas! Kesan buruk Rahim/Peranakan Jatuh




Masalah rahim/peranakan (prolapse) jatuh adalah antara masalah yang menjadi kerisauan buat para wanita. Kalau masa pantang, waktu mengurut tu mak bidan biasanya akan mengamalkan ‘sengkak’ kerana dipercayai mampu menaikkan semula rahim selepas bersalin. Sakitnya tak usah cakap boleh nangis, siap ada bunyi ‘kluk’ lagi. Tapi lepas aje mengurut dan angkat peranakan tu badan rasa lebih segar dan ringan. Itulah penting adanya mak bidan datang mengurut selepas bersalin selain amalan pantang yang betul.

Masalah peranakan jatuh boleh dikasifikasikan kepada tiga peringkat bergantung kepada kedudukan rahim seseorang wanita itu: 
  • Tahap yang pertama ialah apabila rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj. 
  • Tahap kedua pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj.
  • Tahap ketiga dikenalpasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

Kenapa masalah rahim jatuh ni sangat membimbangkan wanita?

Ini kerana kesan buruknya bukan sahaja boleh menggugat keharmonian rumahtangga, tapi amat membahayakan kesihatan. Rahim jatuh amat menyakitkan dan heavy bleeding boleh berlaku apabila keseluruhan rahim terkeluar dari faraj. Lagi teruk apabila keseluruhan rahim mungkin terpaksa dibuang untuk merawat masalah ini.

Masalah rahim jatuh selalunya dialami oleh wanita yang sudah melahirkan anak terutama mereka yang bersaiz besar atau melahirkan anak menggunakan forceps ataupun vacuum. Walau bagaimanapun, adakalanya wanita yang tidak mempunyai anak pun boleh mengalaminya. Berikut adalah kesan yang dialami wanita apabila peranakan jatuh:

Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami prolapse atau peranakan jatuh akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Akan tetapi yang paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan akibat kenikmatan melakukan hubungan seksual akan terganggu.

Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.

Gangguan kesihatan
Jika peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Punca-Punca Rahim Jatuh

  • Kehamilan dan proses bersalin berulang kali pada jarak yang dekat. Jika tidak dijaga dengan betul boleh melonggarkan otot-otot rahim.
  • melahirkan bayi yang bersaiz besar
  • melahirkan anak secara forceps atau vacuum
  • Faktor usia- otot pelvik akan semakin lemah seiring dengan peningkatan usia.
  • Kehilangan hormon estrogen disebabkan menapouse.
  • Kerap mengangkat benda berat yang tak sepadan dengan tenaga diri.
  • Masalah berat badan berlebihan (obesiti)
  • berdiri terlalu lama setiap hari
  • Pernah melakukan pembedahan di sekitar kawasan rahim seperti punding kencing dan bahagian pelvik.

Cara Mencegah Rahim Jatuh.

  • Elakkan kehamilan yang terlalu rapat. Rancang Kehamilan dengan memastikan kita memberikan susu badan sepenuhnya pada bayi sehingga berumur 2 tahun kerana dengan kaedah penyusuan juga dapat membantu kita dalam merancang kehamilan seterusnya.
  • Kawal berat badan
  • Elakkan mengangkat benda berat yang tak setimpal dengan kudrat kita.
  • Amalkan senaman kegel untuk menguatkan otot pelvik. Cara melakukan senaman ini ialah dengan cara mengemut (seperti menahan kencing) selama 15 saat dan kemudian melepaskan kemutan tadi selamat 5 saat. Ulang beberapa kali. Senaman ini boleh buat bila-bila masa sahaja waktu baring atau menonton tv. makin kerap dilakukan insyaAllah makin kuatlah otot pelvik kita.
Sememangnya proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Hal ini tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus. Yang pentingnya wanita perlulah mengamalkan latihan untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala sewaktu hamil dan selepas kelahiran sangat penting untuk mencegah peranakan jatuh.

Selain melakukan senaman, mengawal berat badan dan merancang kehamilan, penjagaan pemakanan juga memainkan peranan yang penting. Pastikan kita mengambil makanan yang berprotein, ini kerana apabila sel dalam otot mendapat sumber protein yang berkualiti, maka rahim dapat berfungsi dengan baik dan menjadi lebih kuat.

Seperti saya pula selain mengamalkan cara-cara diatas, saya juga menggunakan pakaian dalam yang berkualiti tinggi seperti PREMIUM BEAUTIFUL. PREMIUM BEAUTIFUL bukan sekadar pakaian dalam biasa, Premium Beautiful merupakan pakaian dalam yang disertakan dengan tenaga F.I.R dan disulam dengan Batu Tourmaline yang mana kedua-dua teknologi ini dapat membantu memperbaiki fungsi dan tahap kesihatan seorang wanita, lebih-lebih lagi untuk wanita yang sudah berumah tangga dan telah melahirkan anak.

Untuk mengetahui lebih banyak info mengenai premium beautiful anda boleh menghubungi saya Agen Premium Beautiful yang sah melalui no.0136391612 dan mendapatkan khidmat nasihat dan fitting secara percuma sebelum mendapatkan Premium Beautiful yang selesa untuk anda.

SUHADA ZAINUDIN
0136391612
AGEN PREMIUM BEAUTIFUL JOHOR

No comments:

Post a Comment