MENU BAR

Wednesday, 4 November 2015

KENTUT VAGINA : CARA MENGATASI & MENGESANNYA



Apa yang perlu anda ambil tahu mengenai Kentut Vagina ni?
Pernah dengar tak kentut vagina? Dengar namanya sahaja sudah ngeri apatah lagi mengalaminya. Wanita sangat perlu mengambil berat tentang ini kerana ia boleh jadi sesuatu yang mengganggu keharmonian rumahtangga. Biar betul?
Kentut vagina terjadi bila angin memasuki ruang vagina yang sepatutnya tidak berlaku jika rahim anda tidak longgar. Maknanya kentut vagina boleh berlaku disebabkan rahim anda yang longgar.
Kebiasaan boleh berlaku pada wanita yang pernah melahirkan anak. Ambil berat ya wahai wanita kerana perkara ini mungkin juga boleh mengganggu keharmonian rumahtangga (walaupun sepatutnya tidak patut berlaku) tapi kalau boleh kita elak, lebih baik elak sebelum berlaku perkara yang tak diingini.
Ada banyak kes yang berlaku isteri ditinggalkan oleh suami hanya kerana masalah seksual. 
Pastinya tiada siapa yang menyangka perkara itu boleh berlaku. Namun hati seorang lelaki tidak semua begitu yang hanya memandang hubungan seksual sebagai perkara paling penting. Ada ramai lagi lelaki dan suami di luar sana yang sangat bertanggungjawab.


Apa Punca Berlakunya Kentut Vagina?
Dari segi saintifik vagina adalah satu tiub berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Biasanya angin akan masuk melalui kelopak besar labia (labia majora) jika rahim anda dikatakan longgar. Dalam keadaan biasa angin tidak boleh masuk melalui sini.
Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan.
Bila kita faham yang vagina adalah satu tiub berotot, jadi secara lojiknya jika ia sudah mula kendur, banyak masalah yang akan berlaku seperti vagina yang boleh dimasuki angin yang akan menghasilkan keadaan seperti kentut. Masalah lain bagi rahim longgar adalah kencing tidak lawas. Sebab itulah sebagai wanita kita digalakkan berdehem semasa membuang air kecil untuk membolehkan saki baki air kencing dapat keluar dengan sepenuhnya.

CARA MENGESAN KENTUT VAGINA.
Bagaimana Nak Kesan Kita Mengalami Kentut Vagina?
Anda boleh rasa keadaan ini terutama apabila kita dalam posisi sujud. Selepas melahirkan lazimnya faraj akan mengembang dan jadi lebih teruk selepas menopos. Apabila dalam posisi sujud, anda boleh merasakan ada keluar angin dari faraj anda dan ia bukanlah kentut biasa, kentut faraj tidak berbau. Jika ianya berbau anda kena rujuk pakar ditakuti ada masalah lain.

CARA MENGATASI KENTUT VAGINA.
Anda boleh membuat senaman kemutan ataupun dipanggil senaman “kagel” untuk menguatkan lantai pelvik. Cara membuatnya senang sahaja iaitu dengan kemut otot pelvik anda selama 5 saat dan rehat 5 saat. Ulang sehingga lima kali setiap sesi dan seeloknya boleh dilakukan bila-bila masa. Sambil duduk tengok tv pun boleh buat.

Bagaimana nak tahu kemutan yang betul? Ia adalah seperti anda menahan kencing. Buat berulangkali senaman ini akan memberi kesan yang baik kepada otot lantai pelvik.
Tidak bermakna proses penuaan dan proses kelahiran boleh dijadikan lesen untuk kita tidak mempedulikannya. Jaga sebelum terlambat kerana bila lambat tidak akan ada gunanya lagi kan?

Semoga artikel ini memberi manafaat kepada semua....
Sayangi diri anda...wahai wanita.

***************************************************************

AMALAN PENGAMBILAN JAMU BIDAN DAPAT MEMBANTU MENGATASI KENTUT VAGINA.
DAPATKAN SEBOTOL JAMU BIDAN ANDA SEKARANG.
RM40 SEBOTOL
KANDUNGAN 60 BIJI
POST RM7

HUBUNGI SAYA

0136391612
SUHADA ZAINUDIN


No comments:

Post a Comment