MENU BAR

Tuesday, 24 May 2016

JAMU BIDAN : HERBA BERSIFAT ANTI-OKSIDAN

Assalamualaikum semua.

Lama dah rasanya odah tak share something kat sini kan. Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak menulis. Baiklah, hari ni rasa terpanggil untuk share ilmu mengenai ramuan herba yang terkandung dalam produk utama dari Empayar Jamu Bidan iaitu Jamu Bidan itu sendiri.

Buat pengetahuan sahabat pembaca kesemua herba-herba yang digunakan di dalam Jamu Bidan adalah herba-herba yang bersifat Anti-Oksidan. Tahukah sahabat pembaca semua apa itu Anti-Oksidan? Secara ringkasnya odah terangkan disini Anti-oksidan ini merupakan sejenis molekul yang mampu melambatkan atau mencegah proses pengoksidaan molekul lain. Pengoksidaan adalah reaksi kimia yang dapat menghasilkan radikal bebas yang mana ianya akan mencetuskan reaksi berantai yang boleh merosakkan sel dalam tubuh kita. Jadi sekiranya tiada sumber Anti-Oksida untuk melawan proses pengoksidaan, maka tubuh kita akan mudah mendapat penyakit dan juga kulit akan menjadi lebih cepat berkedut. 

Baiklah, untuk pegetahuan sahabat pembaca semua, Herba bersifat anti-oksidan yang kuat juga boleh membantu dalam rawatan kanser. Diantara kumpulan herba ini adalah :


  • biji aprikot
  • betik
  • nenas
  • belalai gajah
  • minyak kelapa dara
  • buah-buahan
  • sayuran organik


Selain daripada senarai diatas sebenarnya kesemua jenis makanan yang bersifat "wholefoods" organik juga mengandungi pelbagai faktor phytonutrien yang menunjukkan ciri anti-oksidan. Ini termasuklah juga herba cytotoxic di atas yang juga mengandungi nilai anti-oksidan. Seperti yang odah nyatakan tadi, molekul anti-oksidan ini akan dapat menghapuskan molekul pengoksidaaan yang menghasilkan radikal bebas didalam badan. Radikal bebas ini lah yang akan merosakkan membran sel dan sel- sel sihat termasuk sel-sel imun. Ia akan menyebabkan toksin berkumpul didalam badan dan darah menjadi berasid serta menjejaskan peredaran darah. Dengan adanya sumber molekul Anti-oksidan ianya akan dapat membantu meningkatkan paras oksigen dalam darah dan seterusnya membantu membunuh sel-sel kanser. 

Oleh itu, dengan mengamalkan pemakanan Herba yang bersifat anti-oksidan dapat membantu membersihkan darah serta menghapuskan virus yang terdapat dalam darah. Jadi kita berupaya menghapuskan medium pertumbuhan sel kanser dalam darah dengan mengamalkan memakan herba-herba yang bersifat anti-oksidan.

Herba-herba yang terkandung didalam Jamu Bidan juga adalah dari kalangan Herba yang bersifat antioksidan. Antara herba yang digunakan didalam Jamu Bidan adalah :


  • Manjakani
  • Kencur
  • Sireh
  • Kacip Fatimah
  • Serapat
  • Inai
  • Kunyit


ini antara 7 daripada 17 jenis herba yang digunakan dalam penghasilan Jamu Bidan. Tak Boleh la nak reveal semua jenis herba yang ada sebab ianya adalah ramuan rahsia dari Mak Bidan. Kalau reveal semua maka tiada la keistimewaannya lagi kan. hihihihihi...

Baiklah, Sampai disini sahaja perkongsian odah untuk kali ini. InsyaALLAH jika ada kesempatan akan berkongsi lebih banyak lagi informasi dengan sahabat pembaca semua.

Kembali kita kepada fitrah alam semulajadi yang mana ianya merupakan Anugerah terindah dari ALLAH S.W.T yang mempunyai 1001 khasiat dan rahsia yang tersembunyi yang perlu kita kaji untuk merawat kesihatan tubuh badan kita. 
KHAZANAH ALAM PENUH RAHSIA.

Bagi yang berminat untuk mencuba produk hot JAMU BIDAN ni boleh direct contact odah seperti dibawah :

PERUNDING KESIHATAN JAMU BIDAN
SUHADA ZAINUDIN
013-6391612

Harga Jamu Bidan RM40 sebotol
kandungan 60 biji setiap botol
caj pos RM7 bagi 10 botol kebawah.

No comments:

Post a Comment