MENU BAR

Friday, 9 September 2016

ILMU JAMU BIDAN : RENDAMAN FARAJ

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RENDAMAN FARAJ?



Orang Barat memanggilnya Sitz Bath, dimana perkataan asalnya diambil dari perkataan Jerman iaitu ‘Sitzen’ yang bermaksud ‘untuk diduduki’. Orang kita memanggilnya RENDAMAN FARAJ.

Jamu Bidan : Cara Rendaman Faraj

Faraj merupakan anggota penting yang terlibat secara langsung dalam proses kelahiran. Antara yang perlu dilakukan untuk RAWATAN PENJAGAAN FARAJ ialah cucian dan rendaman faraj.

Antara kebaikan penjagaan faraj ialah; 

◎ MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN luka jahitan (episotomi) dibahagian pintunya.

◎ MENGELAKKAN INFEKSI pada faraj dan luka. 

◎ Rawatan berendam faraj dapat membantu MENGECUTKAN BUASIR ‘MILD’ iaitu ketika rendam bahagian dubur, perlahan-lahan tolak dan masukkan buasir. 

◎ Mengatasi masalah DARAH NIFAS BERBAU DAN GATAL.

◎ Meringankan masalah KEPUTIHAN. 

◎“Mengencangkan" dan memantapkan KEINTIMAN FARAJ.

◎ Mengatasi masalah KENTUT FARAJ.
CUCIAN FARAJ

Setiap kali ke tandas, cebokan hasil rebusan garam kasar, daun sireh, daun inai serta jintan hitam atau hasil rebusam garam kasar dan asam keping.

Hari: Setiap hari sepanjang tempoh berpantang dan ketika datang haid.

Waktu: Setiap kali ke tandas terutama ketika darah nifas masih banyak.

Cara: Cebokan air rebusan pada permukaan faraj di setiap cucian.

RENDAMAN FARAJ

Faraj direndam di dalam air rebusan daun sireh, inai, daun mambu, garam kasar, jintan hitam dan kemenyan serani. Untuk mengetahui faraj bersih secara optimum guna kapas muka ‘cotton facial’. 

Hari: Apabila darah nifas mulai kering sehingga darah bersih dan tiada lagi. Kebiasaannya bermula hari ke-30 berpantang. Sebagai amalan kesihatan faraj, digalakkan berendam seminggu 2 kali atau setiap kali lepas haid.

Waktu: Bila-bila. Rawatan ni boleh dibuat sebelum atau selepas mandi serum dilakukan. Rawatan rendaman faraj ini perlu dilakukan sambil meruang faraj.

Cara: Seluruh bahagian sulit dan punggung terendam di dalam air rebusan dengan kedua-dua kaki terbuka.


Tak tahu nak cari mana herba-herba untuk rendaman faraj ni???

Jangan risau dapatkan saja GEL V DARA  keluaran Empayar Jamu Bidan. All in one. Mudah, murah dan sangat berbaloi.

RM49 sahaja (170ml)

Hubungi saya



No comments:

Post a Comment