MENU BAR

Tuesday, 15 November 2016

JAMU BIDAN : RAHIM JATUH DAN RAWATAN SENGKAK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni odah nak share dengan semua readers mengenai Rahim Jatuh dan Cara Perawatannya. Sumber ini diperolehi daripada Kak Mim Nazihah, selaku pakar herba dan penasihat mengenai ilmu perbidanan dalam team Jamu Bidan kami.


Gambarajah Struktur kedudukan Rahim Wanita
Rahim atau peranakan adalah satu organ yang amat mudah bergerak dalam rongga pinggul wanita, ia melekat di kedudukannya dengan di sangga oleh banyak ligamen yang tersusun dari jaringan-jaringan yang berserabut dan sejumlah kecil serat otot.
Penyangganya menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran secara normal, tapi kelahiran secara pembedahan juga tidak dapat lari dari masalah rahim jatuh ini.

Bukan hanya kehamilan dan kelahiran sahaja yang boleh menyebabkan rahim jatuh, faktor2 lain seperti batuk yang kronik, berat badan yang berlebihan/obesiti, faktor usia/menopouse, selalu mengangkat beban berat, naik turun tangga, selalu melakukan aktiviti lasak contoh..hiking, aerobic, jogging.
semua ini juga boleh menyebabkan rahim seseorang jatuh atau turun kebawah dari kedudukan asalnya.

Bagaimana untuk kita mengetahui kedudukan rahim kita???...

Ada dua cara untuk kita mengenalpastinya..

1) Dengan posisi berbaring, cuba masukkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, kita akan merasa ada denyutan nadi berdenyut-denyut disitu..jika itu yang kita rasa, maknanya kedudukan rahim kita berada di tempat yang betul.

Jika denyutan nadi berada di bawah pusat atau tundun vagina...itu bermakna kedudukan rahim kita adalah kebawah.

2) Dengan cara duduk mencangkung, masukkan jari kedalam faraj...cuba sentuh satu objek bulat lembut dan ada seperti lubang kecil...itulah pintu rahim, jika ianya boleh di rasa dengan mudah...itu bermakna kedudukan rahim kebawah.
ukuran jari yang kita masukkan akan capai tahap ruas ketiga..itu kedudukan rahim yang cantik.

Ambil cermin, lihat pada lubang vagina, jika ternampak ada daging sedikit tersembul...itu bermakna rahim kita sudah kebawah.

Bagaimana merawatnya???

Jumpa bidan yang arif tentang peranakan/rahim...lakukan urutan sengkak..sebaiknya jumpa bidan yang buat rawatan dengan doa dari ayat-ayat suci Al-Quran.

Namun demikian, rawatan sengkak sahaja tidak akan dapat membantu kedudukan rahim anda akan kembali ke posisi asal tanpa jatuh kembali.
Sengkaklah beberapa kali sekalipun, rahim akan tetap turun kebawah selagi ligamen yang memegangnya tidak kuat.
Oleh kerana itu kita perlu melakukan senaman kemutan untuk mengecutkan balik ligamen yg memegang rahim dan mengambil jamu/herba yang bertindak memulihkan kembali otot rahim.

Dalam hal ini JAMU BIDAN dapat membantu dengan cara pengambilan dan rawatan sengkak yang konsisten.



Cara mengamalkannya :

Lakukan rawatan sengkak untuk pertama kali... kemudian...
Ambil jamu bidan selama 10 hari tanpa berhenti, dengan doses 3 biji pagi 3 biji malam..
Selepas 10 hari sengkak lagi untuk kali kedua..
teruskankan mengambil dalam doses yang sama selama 10 hari lagi..
Selepas 10 hari, lakukan rawatan sengkak untuk kali ketiga untuk pastikan kedudukan rahim kita cantik.

Akhir sekali, jadikan amalan memakan jamu bidan 2 pagi 2 malam...minum secukupnya air masak suam (3 liter sehari) ..untuk memastikan otot2 rahim sentiasa kuat dan kedudukan rahim kita sentiasa cantik.

Semoga Bermanfaat 💜💜💜


No comments:

Post a Comment