MENU BAR

Empayar Jamu Bidan

PENGENALAN MENGENAI EMPAYAR JAMU BIDAN


Jamu Bidan merupakan produk asli buatan tangan (Homemade), ianya adalah hasil formulasi daripada pakar herba dan perbidanan melayu indonesia. Asalnya Jamu Bidan hanya dijual secara "offline" dalam kalangan keluarga pengasas sendiri. Ia diadun sepenuhnya 100% daripada herba-herba hutan untuk kesihatan dalaman wanita.

Jamu Bidan sebenarnya telah lama berada dalam pasaran cuma ianya tidak dikomersialkan secara besar-besaran seperti produk yang ada dipasaran sekarang. Pada 1 September 2015, Kesedaran beliau mengenai kehebatan Herba-herba hutan yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T melalui alam semulajadi ini perlu dikongsi dengan semua orang terutamanya para wanita. Niat beliau untuk membantu para wanita agar kembali sihat luaran dan juga dalaman juga membantu mereka merawat segala penyakit dalaman telah menguatkan semangat beliau untuk menyahut cabaran dengan memberanikan diri untuk memasarkan JAMU BIDAN ke dalam dunia perniagaan sebenar. Dengan menggunakan kaedah agen berdaftar secara sah, beliau mula memasarkan produk pertama keluaran Empayar Jamu Bidan secara meluas melalui sistem online.

Sehingga ke hari ini, tepat setahun tertubuhnya EMPAYAR JAMU BIDAN, kini telah ada lebih kurang 13 jenis produk keluaran EMPAYAR JAMU BIDAN. Antara produk yang ada adalah :

  1. Jamu Bidan
  2. Jamu Jarak Manja
  3. Jamu Kencang Payudara Lobata
  4. Gel Vdara
  5. Serum Pecah Lemak
  6. Sabun Herba Pecah Lemak
  7. Nutrisi Milk Booster
  8. Serum Herba
  9. Minyak Telon Herba Bidara
  10. Minyak Urut Serai Wangi
  11. Minyak Kelapa Dara ( VCO )
  12. Losyen Halia Bara
  13. K-Resdung Jamu Bidan

Bagi menjaga keaslian produk keluaran Empayar Jamu Bidan sebagai warisan turun temurun, setiap produk keluaran Empayar Jamu Bidan tidak dibenarkan untuk dikilangkan oleh Tok Bidan yang menghasilkan-nya dan Oleh kerana pembuatannya dilakukan secara tradisional, maka sijil KKM tidak dapat dimohon. Tetapi bagi menyakinkan pengguna bahawa produk yang dikeluarkan oleh Empayar Jamu Bidan ini selamat, maka pihak HQ telah menghantar setiap produk bagi menjalani ujian makmal yang dikawal dan diselia oleh JABATAN KESIHATAN MALAYSIA bagi membuktikan rangkaian produk jamu bidan 100% selamat untuk digunakan.

Salinan Sijil Lab Test Jamu Bidan

No comments:

Post a Comment