MENU BAR

F.A.Q Jamu Bidan

SOALAN YANG SERING DITANYA CLIENT MENGENAI JAMU BIDAN

SOALAN : Bolehkah diamalkan semasa datang haid?


Tidak perlu diamalkan jika proses period lancar, tetapi boleh diamalkan jika perjalanan period keluar tidak lancar. Contohnya keluar sedikit tapi mengambil masa yang lama @ ketika mengalami sakit sengugut yang terlalu kuat.



SOALAN : Bilakah waktu yang sesuai untuk makan Jamu selepas bersalin?


Bagi orang yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilan jamu pada hari ketujuh dalam pantang. Pastikan bayi tidak mengalami jaundice @ demam kuning, mulakan dengan dos yang rendah dahulu iaitu 2 biji. Amalan ini dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim.
(Jika bersalin secara pembedahan pengambilan jamu hanya digalakkan ketika 2-3 minggu selepas melahirkan)


SOALAN : Bolehkan mengamalkan Jamu dan di waktu yang sama makan supplement yang lain?


Boleh, cuma jarakkan waktu pengambilan sekurang-kurangnya sejam.


SOALAN: Kenapa kepala saya pening-pening di waktu peringkat awal mengamalkan Jamu ini?


Pening kepala terjadi di sebabkan oleh metabolisma di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkan kembali metabolisma badan. Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong. Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari. Lagi banyak lagi bagus.


SOALAN : Kenapa ari-ari saya sakit ketika mengamalkan Jamu?


Ini kerana rahim anda tidak berapa sihat dan bermasalah. Sakit ari-ari tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulihkan rahim tersebut.


SOALAN : Bolehkan saya mengamalkan Jamu ini jika berhasrat untuk mengandung?


Amat digalakkan kerana salah satu khasiat utama adalah menyuburkan rahim. Jika anda sedang merancang, sila amalkan dgn teratur di peringkat awal. Sekiranya anda merasakan ada kelainan seperti lambat datang haid, harap berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing untuk memastikan samada anda mengandung atau tidak.


SOALAN : Selalu orang akan kaitkan jamu ini panas dan menganggu proses utk mendapatkan zuriat.Benarkan begitu?


Mengamalkan jamu tidak menganggu proses untuk mendapakan zuriat. Malah ia akan menambahkan kemutan di faraj dan menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri. Meningkatkan tahap keghairahan.

SOALAN : Kenapa Saya amat mengantuk / penat di peringkat awal pengambilan Jamu Bidan?


Itu adalah proses pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin di dalam badan. Tidak semua orang merasakan simptom tersebut. Itu adalah petanda baik. Insyaallah anda akan segar sentiasa selepas itu.

SOALAN : Kenapa keputihan saya keluar dengan banyak selepas saya mengambil jamu ini.


Itu perkara biasa. Teruskan makan jamu, lazimnya selepas itu keputihan akan berkurangan dan ada yang hilang terus dari masalah keputihan

SOALAN : Bolehkah amalkan Jamu jika saya masih menyusukan bayi?


Tidak menjadi masalah. Tidak memberi kesan negatif kepada bayi anda. Malahan mengamalkan jamu ini akan membantu
menambahkan air susu ibu.

SOALAN : Bolehkah Jamu ini membantu menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak menentu?


Salah satu khasiat Jamu Bidan adalah memperbetulkan sistem kitaran haid. Jadi ia sangat-sangat membantu.


SOALAN : Kenapa darah haid saya keluar dengan banyak?


Itu adalah kesan positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu dikeluarkan dengan kadar yang sepatutnya agar tidak tertinggal di dalam rahim. Ini akan menimbulkan masalah rahim di masa akan datang.


SOALAN: Bolehkah saya mengamalkan Jamu jika saya masih belum berkahwin?

Sangat digalakkan. Sebaiknya untuk penjagaan awal boleh mula mengamalkan Jamu Bidan, cuma kurangkan dos kepada 2 sebiji dua kali sehari.


SOALAN : Kenapa saya tidak turun berat badan?


Jamu ini BUKAN produk utk melangsingkan badan. Ia adalah produk herba yang khusus untuk kesihatan dalaman wanita. Cuma kelebihannya banyak membantu mereka yang menghadapi masalah berat badan akibat ketidakstabilan hormon. Jika diamalkan dengan konsisten dan menjaga mkn seperti tinggalkan minuman sejuk berais, bergas, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, minum banyak air, inshaaAllah akan ada perubahan pada berat badan anda nanti.


SOALAN : Benarkah Jamu ini membantu merapatkan lagi hubungan suami isteri?


Di akui ramai yang telah mengamalkannya. Lazimnya selepas makan jamu selama 7 hari dan buat teknik insert dan meruang inshaaAllah suami akan merasakan perubahan pada alat kelamin isteri.


Soalan : Jika saya dah monopouse bolehkah saya amalkan jamu bidan ini.

Boleh, orang yang sudah menopouse elok makan jamu bidan sebab dalam jamu ni banyak herba yang mngandungi hormon wanita. Membantu mengatasi masalah kekeringan faraj sewaktu bersama selain dari memberi tenaga dan menstabilkan hormon, Jamu bidan juga membantu meningkatkan hormon astrogen wanita yang sudah menopouse, kita sendiri maklum apabila menopouse hormon astrogen dalam badan wanita akan semakin berkurangan.
Menopouse dan orang yang tiada rahim adalah dua situasi yg berbeza. Jika menopouse, insha'Allah boleh mengembalikan cairan vagina, maksudnya mengelakan vagina daripada kering. Tetapi orang yang tiada rahim tidak boleh nak kembalikan cairan tu sebab semua itu datang dari rahim kita.



PERINGATAN !!!! - Testimoni adalah berbeza-beza,mengikut keserasian badan masing-masing

No comments:

Post a Comment